Daisypath Anniversary tickers
Untukmu Kader Dakwah 1
9:32 PM | Author: kre



Merendahlah, engkau kan seperti bintang-gemintang
Berkilau di pandang orang
Diatas riak air dan sang bintang nun jauh tinggi
Janganlah seperti asap
Yang mengangkat diri tinggi di langit

Padahal dirinya rendah-hina

Ust Rahmat Abdullah

Kembali Terbang Rendah..
1:16 AM | Author: kre

Di Sebuah Rumah dan Satu Ketika


Salam Sejahtera..
27 Disember pasti menjadi permulaan detik pahit seketika..
Hilang dari pandangan..
Agak "kesik" jua..

Dia Mengajar Supaya Aku Lebih Teratur..

Dia datang di waktu penuh kesibukan..

Tidak berkesempatan membawa berjalan2 seperti org2 lain..
Hanya "SUQ" dikenalnya..
Sesekali juga menjenguk kuliah..
Malam2 disini xpernah kemana2..hanya berjumpa tatkala jam 12 berdetik..

Dia xpernah merungut..

Tidak pernah resah..

Iskandariah menjadi bukti kami pernah bercuti..
5.30pg melangkah,2pg kembali..tetapi Dia hanya menemani urusan kerja..
Stesen keretapi jua dikenalnya..


Hanya siang hari menjadi teman..Itu pun jika kekosongan berkunjung..

Dia juga xpernah mengeluh..
Tidak pernah jemu menyediakan apa2 yg patut..

Tidak perlu menyebut atau mengarah..
Kerana semuanya akan tersedia,tersusun..
Sesekali terasa macam Raja..
Alhamdulillah pd yg MAHA BERKUASA..


Dicipta Oleh Seorang Adiknya..


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa” (QS Al-Furqan:74)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat; ya Tuhan kami, perkenankanlah do’aku” (QS Ibrahim:40)

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

“Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang” (QS Al-Baqarah:128 )

Dekatlah kamu pada ALLAH nescaya ALLAH akan kurniakan padamu org yg dekat padaNYA..Jangan di lihat pada paras rupa..sesungguhnya ia tidak menjamin apa2..Pesanan untuk sesiapa sahaja..

(QSD...akan dilaksanakan sebaiknya..itu pesanan dari Dia)

Cebisan kotak kenangan..hehe

استغفر الله
10:36 PM | Author: kre
ASTAGHFIRULLAH...




ياابن أدم حديث قدسى بصوت الشيخ مشارى العفاسى







Astaghfirullah..Takut untuk menghadapi hari2 yg mendatang..
Orang melihat kita mampu..tapi...

اللهم انصرني واليك أشكو يا ألله





Bodohkah Kita..
7:42 AM | Author: kre



Sejak kecil lagi kita di beri nikmat..
Bahkan sebelum lahir lagi kita dijaga Sang Pencipta..Masakan lahir kita ke dunia tanpa izin dari-NYA..
Tangisan pertama di sambut dengan azan dan iqamah..Tanda bersyukur dan mengagungkan si DIA..
Moga lembut hati kita dipelihara..
Mata yang celik sebagai bukti kita di kasihinya..
Mula bertatih mengenal dunia..Gelak tawa penyeri ayah-bonda..
Adakah ia tanda kita bersamaNYA..???
Makin hari mengenal dunia..Mula bahagia dengan segala2nya..
Pencipta sudah dilupa..Hawa nafsu menjadi raja..
Dulu-dulu mushaf dikendong..Untuk mengenal Alif Ba Ta..
Kini pandang pun tidak mahu,apatah lagi menyentuhnya..
Hati yang putih mula kehitaman..Mata yang jernih mula kekaburan..
Orang membawa agama dicemuh jua..Syadid pula kata mereka..
Syariat dijulang jumud dikatanya..
Maksiat bermaharajalela hanya seinci di depan mata,tapi...Itu yang dikata "berfikiran terbuka"..
Perkara mungkar disanjung mulia, Amar makruf jelek jua pandangannya..
Wahai adik2ku,abang2ku jua kakak2ku..Bodohkah kita???
Saat ajal diseru,sempatkah kita......




aku bukan orang yang tinggi agamanya..
masih jahil dan mencari ilmu..
jangan jadi katak dibawah gelas lutsinar,kebenaran jelas didepan mata tetapi sengaja menutup pandangan diri..

9 Zulhijjah 1430

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam suasana hari ini, mansurah bergema dgn pilihanraya untuk memilih pemimpin sesi baru..Saya sempat meninjau dan memerhati keadaan ini..Lebih2 lagi sesi pencalonan yg akan bermula esok..Pelbagai ragam dan kempen yg dijalan kan..Maaflah jika post ini lmbt di hasilkn, kerana kekangan masa..Harap dpt memberi sedikit ilmu kpd shbt2 dan siri sy sendiri..Sy juga berharap, kita yg bakal memilih pemimpin ini bukan lah bersikap sengaja nk "kenakan" shbt2 kita yg lain..Kerana silapnya pilihan kita maka kita jg yg akn menanggung nnt..Istikharahlah shbt2 sekalian,mohon petunjuk dari ALLAH..Mg2 pemimpin yg bakal lahir nnt mmp meneruskan lagi syariat ALLAH d bumi mansurah ini yg semakin suram.

Seperti mana yg kita tahu,setiap dari kita adlh pemimpin. Pemimpin pada diri kita,keluarga,masyarakat dan ummat islam keseluruhannya.. Dan jangan kita lupa bahawa kita wujud pada harini bukanlah tiada maklamat, tetapi kita disuruh untuk beribadat menyembah ALLAH taala..Tidakklah kita juga mudah2an akn mnjadi seorang pembela agama ISLAM dan mendaulatkn SYIAR ISLAM setiap masa..

Allah berfirman:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”. Mereka berkata: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”. (Al-Baqarah: 30)

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Adz-Dzaariyaat: 56)

Rasulullah SAW. bersabda:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه, أن رسول الله ص م, قال: (كلكم راع فمسئول عن رعيته, فالأمير الذي علي الناس راع وهو مسئول عنهم, والرجل راع علي أهل بيته وهو مسئول عنهم, والمرأة راعية علي بيت بعلها وولده وهي مسئولة عنهم, والعبد راع علي مال سيده وهو مسئول عنه, ألافكلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته) اخرجه البخاري

Dari Abdullah bin Umar RA. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Masing-masing kamu adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan atas kepemimpinannya. Seorang amir (ketua) yang memimpin masyarakat adalah pemimpin yang akan dipertanggungjwabkan kepemimpinannya atas mereka. Seorang lelaki(suami) adalah pemimpin atas ahli (keluarga) di rumahnya, dia akan bertanggjawab atas mereka(keluarga). Seorang perempuan (isteri) adalah pemimpin atas rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dia akan diminta bertanggungjawab atas mereka. Seorang hamba adalah pemimpin atas harta tuannya, dia akan bertanggungjwab atas harta itu. Ketahuailah masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan diminta bertanggungjawab atas yang dipimpin”. (HR. Bukhari)

Dalam implementasinya, pemimpin terbagi dua: Pertama, pemimpin yang dapat memimpin sesuai dengan apa yang diamanatkan Allah dan Rasul-Nya dan kedua, pemimpin yang ingkar amanat Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah:

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. (As-Sajdah: 24)

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يُنْصَرُونَ

Dan Kami jadikan mereka (Firaun dan bala tentaranya) pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong. (Al-Qashash: 41)

C. Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Banyak sekali ayat al-Qur’an dan Hadis menyebutkan bagaimana hendaknya setiap orang yang Nabi katakan sebagai pemimpin baik bagi diri dan keluarganya serta masyarakat. Dan bg mereka yang menyatakan diri telah bersiap sebagai pemimpin hendaklah shbt2 mendalami dan memahami tuntutan ini :

1. Mengajak Bertaqwa Kepada Allah

وَجَعَلْنَاهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِمْ فِعْلَ الْخَيْرَاتِ وَإِقَامَ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءَ الزَّكَاةِ وَكَانُوا لَنَا عَابِدِينَ

Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah. (Al-Anbiya’: 73)

وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ

Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. (As-Sajdah: 24)

2. Adil Kepada Semua Orang Dan Tidak Memilih Kasih

يَادَاوُدُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari pembalasan. (Shad: 26)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjaan. (An-Nisa’: 135)

3. Menegakkan Amar Ma’ruf Nahi Munkar

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imron: 110)

4. Menjadi Contoh Tauladan Yang Baik Bagi Masyarakat

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (Al-Ahzab: 21)

5. Mendorong Kerja Sama Dalam Memperjuangkan Kesejahteraan Bersama

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa danpermusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. (Al-Maidah: 2)

6. Mengukuhkan Tali Persaudaraan dan Kesatuan dan Persatuan

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni`mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana ni`mat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imron: 103)

7. Pemaaf, Meliputi Semua Golongan dan Mendahulukan Musyawarah Dalam Setiap Mengambil Keputusan Penting Untuk Masyarakat

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma`afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali Imron: 159)

8. Jujur dan Amanah

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah2 kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (An-Nisa’ : 58)

Nabi SAW. bersabda:

وعن ابوهريرة قال:قال رسول الله ص م :ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامةولايزكيهم ولاينظراليهم ولهم عذاب أليم: شيخ زان, وملك كذاب, وعائل مستكبر. رواه مسلم

Dari Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW.: “Tiga golongan, Allah tidak akan berbicara, mensucikan dan melihat kepada mereka, dan bagi merekalah siksa yang pedih; orang tua pezina, pemimpin yang suka bohong dan orang miskin yang sombong. (HR. Muslim).

9. Berwawasan Dan Berpengetahuan Luas dan Mencintai Ilmu Pengetahuan

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Mujadilah: 11)

10. Teguh Pendirian, Thabat dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Huud: 112)

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ

Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul telah bersabar. (al-Ahqaf: 35)

D. Tanggung Jawab Pemimpin

Tanggungjawab seorang pemimpin amat lah berat. Kesemua sifat2 td hendaklah ada dlm diri seorang pemimpin. Bukanlah pemimpin ini akn hidup dgn mewah, berkedudukan,dimuliakan,tetapi igtlah tanggungjawab itu lebih berat terpikul di bahu mereka..

Rasulullah bersabda:

عن عَوْفَ بْنَ مَالِكٍ الْأَشْجَعِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خِيَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمْ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ قُلْنَا أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدَ ذَلِكَ قَالَ لَا مَا أَقَامُوا فِيكُمْ الصَّلَاةَ أَلَا مَنْ وُلِّيَ عَلَيْهِ وَالٍ فَرَآهُ يَأْتِي شَيْئًا مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ فَلْيَكْرَهْ مَا يَأْتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَلَا يَنْزِعَنَّ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ . رواه مسلم واحمد والدرامى

Dari Auf bin Malik al-Asyja’i ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW. bersabda: “Sebaik-baik pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua mencintainya dan mereka semua mencintaimu, kamu semua mendoakan kesejahteraan buat mereka, dan mereka mendoakan kesejahteraan buat kamu. Dan sejelek-jelek pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu semua melaknati mereka dan mereka melaknati kamu”. Kami bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak sebaiknya kita singkirkan mereka? Rasul menjawab: “Jangan, selama mereka masih mendirikan solat. Ketahuilah, barang siapa yang diberi kekuasaan, lalu masyarakat melihatnya menjalankan suatu perbuatan yang maksiat kepada Allah, hendaklah masyarakat membenci perbuatan penguasa yang membenarkan maksiat ke pada Allah itu, dan janganlah ia menarik diri dari ketaatan (pada yang baik). (HR. Muslim, Ahmad, dan Ad-Daromi).

Fahamlah kita dari sabda baginda tersebut, berat amanah seorang pemimpin..Jgnlah kita meminta untuk menjadi pemimpin..

Rasulullah SAW. bersabda:

عن عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سَمُرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلْ الْإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِنْ أُوتِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوتِيتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا وَإِذَا حَلَفْتَ عَلَى يَمِينٍ فَرَأَيْتَ غَيْرَهَا خَيْرًا مِنْهَا فَكَفِّرْ عَنْ يَمِينِكَ وَأْتِ الَّذِي هُوَ خَيْرٌ . رواه البخاري

Dari Abdurrahman bin Samrah berkata; telah bersabda Nabi SAW.: “Wahai Abdurrahman bin Samrah, janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin, kerana sesungguhnya, jika engkau diberi jawatan kerana meminta maka engkau akan dibebani sebagai wakil atas tugas itu, dan jika diberi jawatan dengan tanpa meminta, maka engkau akan ditolong dalam menjalankan tugas itu. Dan jika engkau bersumpah, lalu engkau melihat bahwa yang berlawanan dengan sumpah itu lebih baik, maka bayarlah kifarat atas sumpahmu, dan kerjakanlah apa yang engkau pandang lebih baik”. (HR. Bukhari).

Dalam melaksanakan tanggung jawabnya, pemimpin hendaknya ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan berkomitmen untuk tidak mengkhianati amanat yang dipikulnya. Ia tidak boleh melakukan rasuah, pilih kasih, bersenang2 dgn jawatan tersebut yg nescaya akan "memakan" dirimya kembali jika mereka tidak amanah.

Rasulullah SAW. bersabda:

عن أبى هريرة قال (لعن رسول الله ص م الراشي والمرتشي في الحكم) رواه احمد والاربعة, وحسنه الترمذي,وصححه ابن حبان.

Dari Abi Hurairah RA. Berkata: “Rasulullah SAW. melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam perkara hukum” HR. Ahmad dan al-Arba’ah. Imam Tarmidzi menganggap hadis ini hasan, dan Ibn Hiban menganggapnya sohih.

عن أبي حميد الساعدى, أن رسول الله ص استعمل عاملا, فجاءه العامل فرغ من عمله, فقال: يارسول الله هذا لكم, وهذا أهدي لي. فقال له: (أفلا قعدت في بيت أبيك وأمك فنظرت أيهدى لك أم لا؟) ثم قام رسول الله ص م عشية بعد الصلاة, فتشهد وأثنى على الله بما هو أهله, ثم قال: (أما بعد, فمابل العامل نستعمله فيأتينا فيقول هذا من عملكم,وهذا أهدى لي, أفلا قعد فى بيت أبيه وأمه فنظر هل يهدى له أم لا؟ فو الذي نفس محمد بيده! لايغل أحدكم منها شيئا إلا جاء به يوم القيمة يحمله على عنقه, إن كان بعيرا جاء به رغاء, وإن كانت بقرة جاء بها لها خوار, وإن كانت شاة جاء به تيعر, فقد بلغت) فقل أبو حميد: ثم رفع رسول الله ص م يده حتى إن لننظر إلى عفرة إبطيه. أخرجه البخاري

Dari Abi Hamid as Sa’idi sesungguhnya Rasullah SAW. mengangkat seorang pegawai, lalu selesai melaksanakan tugas datang mendatangi Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, harta ini untukmu (bahagian negara) dan yang ini adalah hadiah yang aku terima”. Lalu Rasulullah bersabda kepadanya: “Mengapa engkau tidak duduk saja di rumah bapa dan ibumu, lalu engkau tunggu apakah engkau akan diberi hadiah ataukah tidak?!”. Kemudian selesai menunaikan solat Isya’ bersabda Rasulullah SAW.: “Amma ba’du, Ada pun dengan pegawai yang telah aku angkat ini, ia datang menemui kita dan berkata: “Harta ini bahagianmu (milik Negara), dan yang ini sebagai hadiah untukku”, Mengapa ia tidak duduk saja di rumah bapa dan ibunya, lalu ia menunggu apakah ada yang akan memberinya hadiah atau tidak?, Sungguh demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggaman-Nya!, Janganlah salah seorang diantara kamu menyalahgunakan dari harta itu sedikitpun, kecuali ia akan datang pada hari kiamat dengan memikul harta itu, kalau harta itu berupa unta ia akan meringkik, kalau berupa lembu betina ia akan mengemoo, kalau ia berupa kambing, ia akan mengembek, aku telah menyampaikan berita ini”. Berkata Abu Hamid: Lalu Rasulullah mengangkat tangannya, sehingga kami dapat melihat putih ketiaknya. (HR. Bukhari).

E. Kewajiban Rakyat Terhadap Pemimpin

Sebagai rakyat tugasnya adalah taat kepada perintah pemimpin sepanjang perintah itu tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.

Allah SWT. Berfirman:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa’: 59)

Batas ketaatan rakyat terhadap pemimpinnya adalah rakyat wajib mentaati semua perintah pemimpin selama pemimpin itu memerintahkan taqwa kepada Allah, sedangkan bila perintah itu untuk berunsur maksiat kepada Allah, maka gugurlah kewajiban untuk mentaatinya, dan muncul kewajiban baru yaitu nahi munkar ialah mencegah pemerintah dari menjalankan perbuatan maksiat tersebut.

Rasulullah SAW. bersabda:

حديث علي رضي الله عنه قال: بعث النبي ص م سرية وأمر عليهم رجلا من الانصار وأمرهم أن يطيعوه. فغضب عليهم, وقال: أليس قد أمر النبي ص م أن تطيعوني؟ قالوا بلي.قال:عزمت عليكم لما جمعتم حطبا وأوقدتم نارا ثم دخلتم فيها. فجمعوا حطبا,فأوقدوا. فلما هموا بالدخول, فقام ينظر بعضهم إلى بعض, قال بعضهم: إنما تبعنا النبي ص م فرارا من النار, أفندخلها؟ فبينما هم كذلك إذخمدت النار,وسكن خضبه. فذكرلنبي ص م, فقال: (لودخلوها ما خرجوا منها أبدا, أنما الطاعة في المعروف). أخرجه البخاري.

Dari Ali RA. berkata: (Suatu hari ) Nabi SAW. mengutus bala tentara dan mengangkat seorang laki-laki Ansor sebagaipanglima, dan Nabi memerintahkan kepada seluruh bala tentara untuk mentaati panglima tersebut. Suatu saat panglima itu marah kepada prajuritnya dan berkata: “Bukankah Nabi SAW. memerintahkan kalian semua untuk taat kepadaku?”. Para prajurit menjawab: “Benar,panglima!”. Panglima berkata: “Aku perintahkan kamu semua untuk mengumpulkan kayu bakar, lalu bakar ia dengan api, setelah itu masuklah kamu semua ke dalamnya!”. Lalu para prajurit mengumpulkan kayu bakar dan menyalakannya. Tatkala mereka bermaksud untuk memasukinya, berdirilah setiap prajurit saling memandang diantara mereka, berkata sebahagian prajurit: “Sesungguhnya kita semua mengikuti Nabi SAW. kerana kita berlari dari api (neraka), apakah kita sekarang akan memasukinya?”. Manakala mereka dalam keadaan demikian, padamlah api tadi, dan hilanglah marah panglima td. Lalu kejadian itu diceritakan kepada Nabi SAW. dan Nabi bersabda: “Andaikan saja kamu semua memasuki api itu, pasti kamu tidak akan pernah keluar selamanya (mati dan masuk neraka). Sesungguhnya ketaatan kepada pemimpin itu adalah dalam hal yang Ma’ruf”. (HR. Bukhari)

Allah berfirman:

وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ

Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas, (asy-syuara: 151)

F. Petunjuk Allah Dalam Memilih Pemimpin

Kini saatnya kita berhati-hati untuk menentukan pilihan pemimpin yang dapat memenuhi kriteria di atas, dengan memperhatikan petunjuk Allah dalam memilih pemimpin, ialah:

1. Pilihlah Pemimpin Yang Seakidah dan Memenuhi Kriteria Pemimpin Tersebut di Atas.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (Al-Maidah: 51)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi Kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. (Al-Maidah: 57)

2. Pilihlah Pemimpin Yang Mengajak Bertaqwa Kepada Allah dan Jangan Memilih Pemimpin Yang Mendorong Bermaksiat Kepada-Nya Meskipun Ia Keluarga Kita.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَتَّخِذُوا ءَابَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (At-Taubah: 23).

Kesalahan dalam memilih pemimpin dapat menyebabkan penyesalan dikemudian hari:

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata: “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). (al-Ahzab: 67)


Maaf jika entry ini terlalu panjang..Pesanan buat shbt2 yg bakal memilih esok..

1) Jangan saje2 nk mengenakan org..

2) Kita sbg mahasiswa,berfikirlah secara matang..

3) Apa yg kita pilih itu adalah amanah,jd jgn main2 membebani seseorang dgn amanah kalau kita tahu seseorang itu tidak mampu..

4) Pohonlah petunjuk dari ALLAH..

5) Pilihlah yg terbaek di kalangan kamu..


~SELAMAT MEMBUAT PILIHAN~

~IMAN ILMU DAN AMAL~

والله أعلم



Salam bukit jalil..

Pertamanya tahniah untuk skuad kelantan kerana berjaya mara ke peringkat akhir Piala Malaysia. Penantian 39tahun yang dinanti.. Setelah mengenepikan Perlis dgn agregate 5-1..

Ada beberapa perkara yang menarik hati sy mengenai bola kali ni.. Pada peringakat separuh akhir yg lalu,perlawanan tersebut telah disaksikan oleh YB TGNA yg juga MB bg negeri kelantan..Tok guru juga telah mengeluarkan ulasan beliau..Di sini sy sertakan video temuramah tersebut..






Analisis video..

0) Kita kena bersyukur atas segala nikmat kejayaan yg diberikan..itu kata2 pertama yg keluar dr TGNA..
1) Ulasan : ramai pemain2 kelantan xcukup stamina kerana sering terjatuh sendiri..keduanya pemain2 berkerumun ----} mungkin boleh susun strategi lagi baek..
2) Takdir dan segala ketentuan ditangan ALLAH YG MAHA KUASA..Menang atau kalah,berjaya atau gagal ditangan ALLAH..
3) TGNA melarang penonton2 bermain mercun,kerana ianya mengganggu org lain(terkejut),menghilangkan nikmat menonton dan boleh merosakkan tubuh badan..
4) TGNA juga melarang peminat2 dari mengibar bendera2 politik bg menjga sensitiviti masing2..Kemeriahan semangat kesukanan "sport spirit" mesti dijaga..
5) Pesanan TGNA kepada penyokong2 kelantan pada perlawanan ms depan agar berdoa tuk kejayaan dan bertakbir..

Menariknya,setelah dinafikan royalti minyak oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kerajaan Kelantan tetap menghargai pemain2 dan pegawai kerana mampu mara ke pringkat akhir..Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa pada hari ahad bg keselesaan dan keselamatan penyokong2 kelantan yg bermusafir beserta dgn hadiah mengerjakan UMRAH untuk semua pemain dan pegawai2 kecuali B.Sathianathan lah kan..Mana tau selepas ini pemain kelantan akn lebih baik dari segi rohaninya..ALLAHU 'ALAM..

Kelantan pd final sabtu nnt akn bertemu pasukan Negeri Sembilan..Penyokongnya ROMA DAN PAEZ..



Penyokong Hensem dari kampung Jiboi Baru...



scleROMA yg bertafakur gaya macho..

CUKUP UNIK NEGERI KELANTAN... MOGA2 KELATE MENANG,KALU KALOH PON NK BUAT GUANO KEH..
Pre-Entry
3:24 AM | Author: kre


PERUBATAN Cawangan Mansurah (PCM)


Pendapat anda...??
Kekuatan dan kekurangan yg perlu di perbaiki..
Masa Hitam Yang Mahu Diputihkan..
4:23 AM | Author: kre

Pengurusan masa yg hitam

Salam Bajet 2010...

Mungkin tajuk ini agak pelik kerana sekali imbas masa hitam itu mungkin kita terlintas sebagai satu peristiwa hitam/buruk yg berlaku dlm diri kita..Apa2 pun, apa yg saya hendak maksudkan disini tidaklah sebegitu..tp mungkin persis sebegitu..Kesian dgn warna hitam yg selalu diterjemahkn dengan sesuatu benda yg tidak baik walaupun hitam itu tidak bersalah..Mf Roma,aku tidak menyalahkn spek hitammu..

Sejak sampai ke mansurah kembali,saya terpegun dgn byk benda..Maklumlah mansurah ni ceria dgn pelbagai kisah..Bermula dari saya smpai di airport lg shbt2 dh menceritakn pelbagai keadaan semasa mansurah,mungkin untuk mencetus sy berfikir..Ada cerita itu dan ini..


Membazir masa..elakkan

Sehinggalah sy berjalan ditemani motor sy yg sudah agak uzur dek ditinggalkn..Mcm biasa, sy bersiar2 melihat keadaan tmpt sy tinggal..Waaah..ramainya malizi..dari pg smpai mlm ada sj malizi di merata2 tempat..Mlm lg meriah, dgn di warnai dgn malizi2 yg berada di cafe2,kedai2 mkn dgn aktviti masing2..Mungkin cuti agknya ramai org keluar..Cuba berhusnu zhon dgn shbt2 yg majoriti xpenah sy lihat..mungkin pelajar2 baru ataupun sy tidak mengenali meraka yg mungkin sudah lama disini..

Tetapi, baik sangka sy hilang setelah hampir tiap2 mlm sy keluar melihat keadaan seketika..Mansurah mlmnya masih meriah dgn malizi2 sehingga lewat mlm..Ya ALLAH berdosanya berburuk sangka..Mungkin mereka ada sebab tertentu..

Cepat saja masa berlalu..kelas pun hny tinggal lebih kurang 40mukasurat sj lg tuk abis silibus,kemudian exm..hmm..Terpaku seketika diri ini,bykknya aku membazir masa..Study aku mcm mana,komitmen aku dgn PCM bagaimana pula, kerana aku dulu org yg amat menentang penubuhan PCM tp bila dh ada ni syg aku pada PCM bkn calang..Madrasah imam nawawi adakah aku bg komitmen, tuk tambah ilmu agama yg mmg mendahului ilmu2 lain termasuklah perubatan ni..

Terfikir adakah aku sorang saja yg byk membazir masa sebegini??melihat keadaan peristiwa yg sy ceritakan td..adakah shbt2 sy sedar yg kita ni seorang hamba, sedang belajar..xbyk lg masa berbaki..Tidaklah hendak sy merendah2kan org lain,kerana mereka semua mungkin sudah stdy dari awl lg,memanfaatkan masa sebaik2nya yg begitu berbeza dari aku..

Firman ALLAH tuk renungan kita semua :
بسم الله الرحمن الرحيم
والعصر ان الانسان لفي خسر الا الذين أمنوا وعملوا الصلحت وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

Maksudnya: Demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan yg mengerjakan amal solih, dan yg berpesan2 dgn kebenaran dan yg berpesan2 dgn kesabaran.. (العصر 3-1)

Cubalah fahami setiap maksud yg ALLAH sampaikan,tergolongkah kita dlm golongan2 org yg beriman???Kita menghitamkan masa (membazir masa,melakukan byk benda2 xberfaedah)..Ayuh sahabat2, putihkan masa anda kembali sementara nyawa yg dipinjam ini tidak ditarik lg..Jangan menanti hari penyesalan muncul..

Cuma sedikit peringatan kepada shbt2 yg baru mengenal bumi mansurah,university mansurah..Manfaatkan masa anda,belajarlah bersungguh2 ilmu perubatan ini,xlupa ilmu agama juga..Jgn anggap ianya senang bagai kacang ful..Pengalaman gagal mmg amat memeritkan..Aku xmahu org lain gagal mcm aku..Bertanyala kepada senior2 pengalaman mereka,jgn masing2 sombong xbertegur sapa..Abg2 dan kakak2 juga begitu..Jadilah contoh yg terbaik tuk shbt2 sekeliling..

Jangan mashurkan mansurah dgn pusat kegagalan wahai adik2,abg2 dan kakak2 sekalian..



Belajarlah sedaya mungkin..Jauhkan perkara maksiat serta lakukanlah amar makruf..
Semoga bermanfaat..

Rajin mcm Pdas,Keri,Muga,Roma,Abg Ismin dan lain2..

"CEMERLANG GEMILANG TERBILANG"
"ALLAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN"
Selamat Menempuh Alam Baru....
8:20 PM | Author: kre
Cikgu : bola + 1 apa jawapannya ank2?


Salam Sayang...

Edisi ini ditujukan buat isteri tersayang, moga2 berjaya menempuh alam perjuangan yang baru dgn kerenah manusia yg pelbagai..
Ku doakn moga2 semuanya berjalan dgn lancar dan mendapat pertolongan dari ALLAH sepanjang urusan yg akan di lakukan..
Sayang jadilah seorang pendidik yg mengajar manusia mengenal dan memahami ISLAM,bukan yg memementingkan kecemerlangan pelajaran semata2..
"ISLAM ITU TINGGI DAN TIADA YANG LEBIH TINGGI DARINYA"


Moga2 menjadi pendidik untuk anak2 jua

SELAMAT MENDAFTAR DAN MENJADI SEORANG PENDIDIK YG AMANAH SYG..

"ALLAH DIDAHULUKAN,ISLAM DIUTAMAKAN"

Lastly....want to say....


Senyum Sokmo..
P/s: Kain putih kalu di cat batik jua akhirnya..
Salam Bagan Pinang...
Al-Fatihah untuk Almarhum adun Bagan Pinang Azman Mohd Nor..

Kebelakangan ni,kalau semua mengikuti perkembangan isu semasa,ada dua isu yang hangat diperbincangkan,diperkatakan,dibahaskan disebut2kan oleh orang ramai,yang jahil mahupun yg alim..Isu Kartika yg di sabitkn dgn kesalahan minum arak dan isu pembinaan kuil hindu di Shah Alam..

Semua bersuara,yang jahil bercakap bak ulama' yg faqih,berapi2 hujah2 dan pendapat yg di keluarkan..yg faqih pula diam membisu seribu bahasa macam ubi stelo(diam2 ubi xberisi)..Janganlah jadi kerbau,lembu,kambing dicucuk hidung ibarat pepatah melayu..hanya seorang dua yg berani bersuara,itu pun dikalangan kerajaan pembangkang..Inilah senario yg melanda negara kita..Mudah2an bakal2 ulama' yg bakal lahir lebih lantang bersuara menegakkan hukum2 ALLAH supaya xditindas dan ditinggalkn..

Isu Kartika Sari Dewi Shukarno :

Heboh bila seorang wanita dikenakan hukuman sebat disebabkn kesalahan minum arak..Pertama kali mahkamah syariah menjalankn hukuman mengikut sebatan cara Islam..Bising sesetengah golongan yg "jahil" apabila berlagak alim,mengatakan hukuman ini menindas,xpatut kerana dia seorang wanita,baru pertama kali minum dan pelbagai lg alasan..huh,byk sungguh fatwa2 baru yg dkeluarkan diselaraskn dengan hujjah2 y g diambil dari kitab2 nafsu karangn sendiri..menarik2..baru2 ni keluar juga kenyataan dari mantan PM kita,beliau menukilkan dlm blog peribadi beliau :

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Bolehlah sahabat2 semua menjenguk blog beliau seketika,jawapan dan persoalan dari beliau telah dijawab dan dikupas oleh Ust Zaharuddin dlm entry khusus untuk menjawab persoalan Tun Dr Mahathir..Alhamdulillah,moga2 kita Tun dan kita semua yg cetek agama ni mendapat manfaat dari artikel ini..

Disusuli pula dengan kekalutan SIS(Sister In Islam)yg merojakkkn semua perkara sehingga menjadi "colek pauh" yg tidak enak dimakan..memeningkan org2 islam dan rakyat2 1malaysia yg lain..Kakak2 in Islam,cukuplah..Ini kenyataan salah seorang wakil SIS dlm satu diskusi antara Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan lima wakil pensyarah dari fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tiga wakil Sister in Islam (SIS : link:

Wakil SIS Nazreen mencelah bahawa pihaknya tidak pernah mempertikaikan dosa minum arak dan apa yang telah termaktub dalam al-Quran tetapi mempersoalkan kaedah pelaksanaan hukuman yang dilihat berat sebelah dan menjadikan Kartika sebagai mangsa.

"Ini kesalahan pertamanya bahkan dia sendiri telah mengaku. Kartika melalui trauma dalam keadaan dia menjadi mangsa. Sepatutnya dia dibebaskan daripada hukuman. "

Sebatan cara manusia....

Hukuman sebat cara Islam dipertikai,tetapi sebatan cara nafsu yg diamalkn di mana2 penjara sekarang ini tiada seorang pun yg melatah..Pening lagi memeningkan bila org "ALIM" berfatwa..Sama2la kita fikirkan,rujuk para Ulama' sebelum bercakap..Moga2 lidah kita xtersilap ckp,lebih2 lagi di bulan ramadhan yg mulia ini.. Islam itu Indah dan Adil,xpernah membebankan apa lagi menindas dan menyeksa umatnya..


Isu Pembinaan kuil hindu di Shah Alam :


Haru-"Biru" sungguh bile isu kuil ini di bangkitkan diperbesarkan.Satu benda yg cukup mudah bg islam tp di berat2 kn oleh sesetengah pihak.Memang sensitiviti semua masyarakat perlu dijaga,itu yg diajar oleh Islam.Tetapi bila bangkit satu golongan yg memperjuangkan melayu lebih dari Islam itu sendiri maka berlakulah kekalutan.Ini semua berpunca dari kelemahan pemahaman kita terhadap Islam.Maka apabila perjuangan berasaskam kebangsaaan dan nafsu,segala nilai2 Islam terus dipinggirkan..Sejarah dan pengajaran serta peringatan yg digariskan dlm ALQURAN juga diabaikan.Islam itu mudah bak kata Rasulullah S.A.W

Dalam insiden yg berlaku baru2 ini,akibat tidak puas hati dgn tapak pembinaan kuil hindu,ada sesetengah pihak sanggup berdemonstrasi dan yg lebih teruk lagi ada yg sanggup membawa kepala lembu,lalu memijak2 mungkin sbg penghinaan kpd masyarakat hindu yang mana umumnya kita mengetahui bahawa lembu adalah simbolik sbg tuhan mereka.Inilah yg terjadi dlm masyarakat kebangsaan kita sekarang ini.Malahan xpasal2 mereka yg terlibat tersebut dihadapkan ke mahkamah.Cari nyakit kalu ore kelate kato.

Islam xpernah mengajar umatnya menghina agama2 lain,kerana masing2 mempunyai hak.Cuba renungi potongan firman ALLAH ini.

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am 108)


Jangela hina aku,aku xbersalah pun....isk3

Kalau di negeri kelate pula,xdok masalah pon,ado tuhan hok dok berbaring,duduk cokoh pon ado,bahkan yg berdiri pun ado.Xdok la kerajaan negeri kelantan nk gi robohkan guna keto ssodok pun.Kan comey bila kita semua tahu apa tuntutan Islam.Ni gak semua main pakat gomol jah.Ikut sedap macam bumi ni kita semua buat.

Jadi apa pun yg kita nk buat,fikir dulu dan yg paling penting rujukan kita Alquran dan Sunnah menjadi guide line yg paling utama.Sekadar renugan bersama..Akhir kata,rebutlah malam Laulatul Qadar yg ALLAH telah janjikan.Moga2 hati kita diberi petunjuk dan taubat kita diterima ALLAH..

~Repih ssekut xkena caro hancur jadinya~
~ISLAM ITU COMEL~

Salam 1malaysia..


Ungkapan popular lahir dari perdana menteri malaysia,Dato' Seri Najib..Sedar xsedar dh hampir pertengahan ramadhan..Sekolah,Madrasah,Matrikulasi mahupun Universiti ramadhan yg sedang dilalui oleh rakyat 1malaysia bahkan 1dunia Islam seluruhnya..Sedihnya,roh bpuasa atau ramadhan xdpt dirasai di negara 1malaysia,jauh bezanya dgn bumi kinanah..Disini Ramadhan bulan juadah, bkn ibadah..

Ramadhan jg bulan menguji nafsu,menilai sejauh mana diri anda masing2..


“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”.

(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)


Di bulan inilah kita dpt lihat keadaan nafsu masing2..kite dpt lihat ramai "malaikat2" membanjiri masjid..kalau sebelum ini masjid sunyi sepi,hanya imam dan bilal mengimarahkan,atau "kelik pah-kelik pah" menanti bila anak2 mukimku dtg hendak mengimarahkan rumah2 ALLAH..Dengan dtgnya ramadhan yg menjadi bulan rahmat,ternyata rumah2 ALLAH kembali 'segar'..


Adakah kita yang mengaku sebagai hamba ALLAH hanya tahu bahawa ramadhan adalah "bulan" ke masjid?Lemahnya diri kita sebagai hamba jika berfikiran sebegitu..Tidaklah rugi jika kita selalu berjemaah..Berjemaah bukan bermusim..Bukan kita xtahu pahalanya..tapi diri kite yg xmahu,xsey,malas ataupun buat2 xtahu..berbeza dgn musim2 buah-buahan..jika byknye durian maka berpusu2lah kita ke pasar mahupun "stokis2" durian yang terdekat..


" Masjid adalah rumahku"..Jika itulah yg disematkan dlm hati setiap pemuda-pemudi kini,maka beruntunglah kita..menjadi antara golongan yg mendapat lindungan dari ALLA

H diwaktu tiada satu pun perlindungan yg dpt melindungi dan menaungi pada hari tersebut.."pemuda yg sentiasa terikat hatinya dengan masjid"...

Alhamdulillah,dgn dtgnya ramadhan..penuh harapan kita perlu harapkan,moga2 ramadhan menjadi bulan pemangkin untuk kite beribadat,untuk kita melazimi solat berjemaah..biarlah ianya menjadi permulaan bg ibadat yg berterusan..


Kalau kita mengerti apa itu ramadhan nescaya menjadi hamba yg soleh lah kita semua..sedar xsedar kite masih lagi tidak mengerti apa hakikat,tuntutan dan segala isi ramadhan..sbb itu lah kita boleh di kategorikan sebagai manusia yg masih lagi lalai..Moga2 hati kita lembut untuk menerima cahaya islam sepenuhnya..


Bulan yang menjanjikan keampunan untuk kita,tp masih lagi kita melakukan maksiat..couple soleh-solehah ramadhan,xjaga lisan,pandangan dan sebagainya..xbermaksud d bulan lain kita boleh melakukannya..tetapi kita "mengsolehahkn" maksiat yg dilakukan..Pergi berbuka puasa bersama2 lelaki dan perempuan..kata si abg sambil2 menunggu azan : syg, kena byk qiamullail bulan2 puasa ni,g terawih ye..jgn tinggal..abg doa sokmo pada ayg dlm solat abg..sambil2 mengusap tangan si perempuan..balas si ayg nye : ish abg ni,bulan puasa mana boleh pegang tgn..haraaammm...Bijaknya kita manusia ni....


penaja berbuka puasa


Mintaklah kita keampunan dari ALLAH,mudah2an kita semua menjadi seorang hamba,pelajar,ibubapa yg sentiasa igt pd ALLAH..Kejarlah kelebihan ramadhan..Pecutlah.khusuyklah dlm beribadat..kalau dulu kita hanya berjalan(slow), belilah basikal(speed up) tuk memperbykkn amalan kita..contoh :kalau dulu berjalan kaki ke kuliah,kini pokjak dh berbasikal ke kuliah..


Suatu hari Jibril pernah berdoa :

Sesiapa yang berlalunya Ramadhan dan dia tidak diampunkan,maka ALLAH akan menjauhkannya dari rahmat ALLAH..

Nabi s.a.w berkata : AMIN (perkenankanlah)

(Hr Ibnu Hibban).


Ayuh sahabat2,kejarlah ramadhan sewaktu masih ada ini.Tidak mustahil kita di panggil mengadapNYA sekejap lagi.Sembahlah ALLAH sesungguhnya ALLAH itu kekal, dan janganlah kita menyembah Ramadhan kerana ianya pasti berlalu. Mohon ampun dan maaf daripada shbt2 sekalian. KULLU AM WA ANTUM BIKHOIR. Selamat Beribadah dan berpuasa dari saya dan isteri.





~Akhir kata, beribadat bukan bermusim~

~Make sate ccucuk lidi~ i.e: amalkan ibadat yang betul..

Ps: xdok Arabic font