Daisypath Anniversary tickers
Kisah "Wonder Pet"
6:14 AM | Author: kre

hero diminati kanak2 termasuk "org tua"

Tatkala Wonder Pet, hero2 kegemaran kanak2 ini berusaha menyelamatkan sahabat2 yang memerlukan pertolongan, bermulalah nyanyian lagu menyelamat yang agak mencuit hati, tp membina...!

Suatu ketika, diwaktu Son Goku sedang bersembang2 dan bersuka ria bersama anaknya Son Gohan, Son Goten dan juga isterinya Cici, gelagat mereka diperhatikan oleh Kurin..Dalam xsedar Kurin mendengar segala perbualan dan ramah mesra mereka..



Kurin sempat memberi salam lalu menegur mereka..Seketika rancak berbual berkenaan isu terkini, Kurin terus menyebut "Wonder Pet" !...Lalu Goku beserta ahli keluarga melenting dgn mengatakan bahawa Wonder Pet itu adalah penjahat yang bersifat keji..Goku kemudiannya mencemuh dan memarahi Kurin dek kerana menyebut perkataan tersebut..

Kurin terpinga2, bukannya kurin tidak tahu bahawa Goku dan ank2nya adalah lepasan Oxford University..Mereka amat terkenal dengan kebijaksanaan mereka..Kurin berasa hina dan kecewa apabila dia disindir,dia mengerti bahawa dia hanyalah lepasan Pasentren..Kurin berniat untuk menerangkan apa dan siapa Wonder Pet sebenarnya..tetapi tidak diendahkan oleh Son Goku..

Kurin menyendiri, dan berlalu meninggalkan mereka..Kurin rasa bersalah kerana mereka tetap tidak memahami ape maksud Wonder Pet yang sebenarnya...Kesedihan Kurin disapa Bezita yg baru saja pulang dari sekolah tinggi Chong Hua kerana kelas tambahan petang..Lalu beliau bertanya kepada Kurin kenapa beliau bersedih..



Kurin menyatakan semuanya bermula apabila mereka berbincang tentang Wonder Pet.. Bezita juga terkejut kerana dia juga beranggapan yg Wonder pet itu adalah golongan penjahat..Nasib baik Bezita bersekolah di Chong Hua,dia tidak lupa tentang pelajaran Adab yang baru die pelajari,maka dia bertanya Kurin apakah maksud sebenar Wonder Pet itu walaupun pada mulanya dia juga hampir mencemuh Kurin,lalu dijelaskan oleh Kurin,barulah Bezita tahu maksud sebenarnya..Maka telah jelaslah bahawa Kurin mempunyai sedikit ilmu yg Son Goku xtahu..

Tetapi disebabkan keangkuhan Son Goku dan familinya, Kurin pasrah dan bermunajat pada ALLAH moga dibuka hati dia sendiri dan Son Goku sekeluarga...

( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ )

{Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.}{Al-Hujuurat 6}

(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)

{Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.} {An-Nahl 43}


P/s : bila ada sesuatu perkara/berita yang datang, dan kita xtahu,maka tanyalah untuk kepastian. Jangan berlagak kita tahu semua ye..Ilmu kita setitik air laut, masakan berjalan hendak mendongak ke langit..Halal haram yg nyata tahu beza,tp dijunjung dikepala..



Aku...
6:25 PM | Author: kre
Hari ini aku mengumpat..
"Zala tu baik depan2 org je,belakang..."

Hari esok aku mengata...

"Pakai jubah,kopiah bajet alim wara3 la tu..belakang orang,seluar pun belubang nampak punggung"

Hari lusa aku mengutuk....
"Bodo la mamat tu, kawennya x,pegang2 kalah orang kawen!!"

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

[Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.]
{Al-Hujuraat 12}





Hati yang berulat...


Ibarat suka makan bangkai...
Mulut busuk bukan kerana gigi xgosok..
Busuk kerana banyak buat dosa..
Hati hitam legam macam batu arang..
Mata buta xpernah insaf..
Iblis bersarang dihati..
Mengaji pun jadi malas..
Tunggu kiamat datang baru nk............
MANSURAH DIISYTIHAR DARURAT!!!
6:59 AM | Author: kre


PERINGATAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH

Kebelakangan ini, kejadian pecah masuk rumah dan mencuri semakin menjadi-jadi. Sasaran kes adalah kepada mahasiswa/wi perubatan. Modus operandi yang digunakan adalah sama.

  1. Seorang arab akan datang ke rumah dan memaklumkan untuk membaiki peralatan rumah seperti paip,gas mahupun elektrik dengan menyatakan arahan adalah daripada tuan rumah. Dia akan berpura-pura untuk menelefon tuan rumah bagi meyakinkan kita. Meminta kita membeli barangan untuk dibaiki bagi menjauhkan tuan rumah.

  2. Pecah masuk rumah ketika ketiadaan orang di rumah/ke kuliah.

  3. Berpura-pura meminjam telefon kerana urusan penting,contoh : ada saudara mara sakit.


Penjenayah mengambil kesempatan di waktu ini kerana kebanyakan daripada kita sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Masing-masing mengambil ringan perkara ini, sehinggakan wang beserta barang berharga dicuri ketika kewujudan tuan rumah sendiri.

Sehubungan itu, pesanan kepada semua mahasiswa/wi. Anda hendaklah sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kes ini kembali berulang. Antara langkah-langkah yang patut diambil :

  1. Mengunci semua pintu rumah dan tingkap semasa hendak keluar.

  2. Menyediakan kunci tambahan bagi pintu rumah.

  3. Digalakkan mengunci bilik masing-masing apabila keluar.

  4. Meletakkan barang-barang berharga di tempat yang berkunci ataupun tersembunyi.

  5. Elakkan dari membuka pintu rumah apabila arab datang ke rumah.

  6. Menghubungi tuan rumah jika ada sebarang perkhidmatan yang datang.

  7. Menghubungi rakan-rakan yang dipercayai boleh membantu dalam urusan.


Antara kesilapan yang dilakukan :

  1. Mengambil ringan dan sambil lewa akan masalah ini.

  2. Tidak berhati-hati menjaga barangan seperti meletakkan beg duit/barang kemas diatas meja.

  3. Mudah mempercayai orang-orang arab dan ditipu kerana kelemahan bahasa arab.


Oleh itu, diharapakan kepada semua mahasiswa/wi mengambil berat masalah ini bagi mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku kembali. Sebarang permasalahan yang timbul boleh dimaklumakan kepada Pengerusi dan AJK-AJK PCM09/10. Kerjasama dan perhatian daripada semua amatlah dihargai.

MENCEGAH BOLEH MERUBAH!!

Sekian ;

Muhammad Ikram bin Ishak

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah 09/10.


p/s : waktu buat ni lepas tu ade 3kes berlaku..alert wahai kawan2..

Hampir dua minggu dia pergi..
xdapat nk gambarkan kehilangannya..
Hancur hati ini...
Teringat kenangan2 lama..
Pahit manis,suka dan tawa...
Dia sentiasa bersama....
Namun,takdir ALLAH menentukan segalanya...

termenung...

Dulu pernah sekali kamu hampir diambil dariku..
Kini.....
Semoga bahagia bersama tuan baru..
Moga2 orang yg "meminjam" dirimu mendapat hidayah..
Masih belum mampu mencari penggantimu..krisis ekonomi..
Selamat Tinggal....Moga berjumpa lagi...

Firman Allah :

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ
وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
{Al-Zalzalah 7-8}


kenangan di waktu bahagia bersamamu

***Perhatian untuk semua penghuni tanah mansurah,hati2 menjaga barangan anda..Byk kes kecurian berlaku akhir2 ni,jadi pastikan rumah2 dikunci dengan baik,kalau ade kunci tambahan lagi baik..Sebarang henset arab ckp nk pinjam tuk call seseorang pon anda diminta berhati2..Orang2 malaysia di jadikan sasaran..

Syazani dan ahli2nya..
1:30 AM | Author: kre

Syazani,bukan karekter sebenar..

Contoh,jika Syazani adalah pengerusi pelajar2 bijak samanudi, kemudian beliau memberikan arahan kepada ank2 buahnya seperti zalabose,kolid dan semua ahli2nya yg menjangkau 2000 orang supaya membuat sesuatu perkara..akan tetapi ramai dikalangan mereka yg dengar(hearing) but not listening..byk kerenah yg terpaksa dihadapi dgn mslh2 sosial,ponteng yg dilakukan zalabose,kolid serta rakan2nya yg lain..

Syazani berasa amat tertekan dan begitu tensen memandangkan 2000 ahli2nya xmendengar nasihatnya..Lantas beliau xmampu untuk stdy dgn baiknya bg mencapai result2 mumtaz seperti thn sebelum2nya.

Kemudian beliau merujuk kepada majlis syura untuk bertanyakan pandangan..maka beliau memutuskan untuk meletak jawatan tersebut dgn serta merta kerana tidak mampu bertahan dan rasa bersalah..

Dia meninggalkan jln yg mendidiknya penuh kesabaran dgn penuh kecewa,maka terputus sekerat jalan dakwah yg dibawanya..

Adakah Syazani perlu tertekan dan marah dgn situasi tersebut?@buat slumber kodok je?
Apakah yg sepatutnya Syazani lakukan?
Patutkah Syazani bersabar dalam situasi sedemikian?
Adakah dgn meletak jawatan Syazani merasakan bahawa selesai segala masalahnya?
Adakah Syazani menyedari yg mad'3u-mad'3u beliau berbeza latar belakang?
Adakah kesempurnaan yang Syazani harapkan dari ahli2 persatuan beliau?



Kesimpulannya. manusia mempunyai tahap kesabaran yg berbeza untuk menghadapi sebarang masalah dan situasi..Kita tidak boleh menyalahkan Syazani 100% malah ahli2nya patut sama2 membantu dan rasa bersalah kerana tidak mengurangkan beban Syazani..Dan jgn kita lupa bahawa masyarakat yg Syazani hendak bawa itu berbeza perangai dan sifatnya..Jadi,jgn lah kita berputus asa dan kecewa kerana kesabaran itu amatlah manis 'lletin' jika kita menyedarinya..Jgn juga kita putus asa dari rahmat ALLAH..Sesungguhnya hanya ALLAH yg mampu memberi hidayah kepada hamba2nya serta membolak balikkn hati mereka..

(
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعاً إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ)

{Katakanlah "Wahai hamba2ku yg melampaui batasterhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. Sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa2 kesemuanya. Sesungguhnya DIA jugalah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..}{Az-Zumar 53}


(إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ)

{Those who patiently persevere will truly receive a reward without measure!}
{Az-Zumar 10}

P/s: sy pon ingin letak jawatan juga laa...
Risau kata2 akn memakan diri..
We'll Never Surrender...!!
9:06 PM | Author: kre



Viva Palestina...
11:15 AM | Author: kre

Antara peserta Viva Palestina

Doakan kemenangan dan kesejahteraan sahabat2 kita di Palestin..
Tp berapa ramai di kalangan kita yg buat ye?
Nk tunggu Gaza kena serang dulu baru semangat kn..
Nk tunggu kempen boikot baru nk boikot kn..
Moga2 konvoi Viva Palestina semua nya dapat masuk Gaza..
6Januari,sebahagian kecik dh dibenarkan masuk..


**(bg yg xtau jgn ingat konvoi ni pegi dgn kereta Perodua Viva dh la,xpon pergi jual kereta viva...Konvoi ni bwk bantuan kemanusiaan..Dari malaysia pon ade)

Org2 bukan Islam pun ade,malahan lebih bersemangat memperjuangkan Palestin..Kita?
Ahli parlimen British pon turut serta..



















Untuk Perkembangan Terkini *Viva Palestina*
Zaman Kecik2 Yang Mendidik..
7:55 AM | Author: kre


Seimbas lalu...
Bila tengok iklan yang UPI buat ni, teringat zaman kecik2 dulu..waktu yang amat berharga yg membolehkan aku mengenal dan membaca Al-Quran..

Kalau cuti2 skolah,mengaji pukul 8pg tp pas subuh lagi dah keluar..Semua berlumba2 nk mengaji dulu..6.30pg pon dh kuar walaupun tempat mengaji masih lagi gelap gelita..

Semangatnya nk ngaji bersama rakan2 lain waktu kecik2 hingusan dulu..sampaikan bawak lilin sekali nk pasang sbb gelap..Tok guru xbukak lampu lg masa tu..xboleh dengar org sebelah umh bukak pintu (tanda nk g ngaji) aku ngn abg,adik pon lari2 gak nk dpt tempat 1st..Bila dpt tempat 1st leh balik awal..punye la niat dulu2 xbetul sgt..

Tp semua tu pengalaman yg xkn dpt sesiapa pon lupa..Kita dpt kenal Al-Quran sbb semangat kita..Bila dh besar ni ade x kita berguru lg untuk belajar Al-Quran..Rasanya x kn?hmm..nk kata kita tahu semua hukum2 tajwid xjgk kn?tu baru bab tajwid..bab2 lain?tadabbur?hukum2?...Sebenarnya kita hanya tahu baca..kena la kt muka sendiri..

Ni ade sedikit kenangan waktu berada kat mansurah, waktu solat terawih kt masjid Sallab thn 2006 kalau xsilap,xpn 2007..Ade rakam bacaan Syeikh Yusuf Ma3ati..Tp xtau nk upload "lagumano"...Jd bolehla tgk kt youtube ni..

Klik nama syeikh tuk link bacaan beliau...



Jadi buat sahabat2,jom sama2 kita belajar Al-Quran..xkira la kita dh pandai baca ke x..Kita boleh perbaiki bacaan kita lagi..




قال النبي صلى الله عليه وسلم
خيركم من تعلم القرأن وعلمه
Sebaik2 kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya..(HR Bukhari)


Zaman keciklah yg banyak mendidik aku,memulakan jalan hidup aku dengan bimbingan kedua ibu bapaku...