Daisypath Anniversary tickers
Erti Hidup Pada Memberi..
6:32 AM | Author: kre


Saya baru je balik dari rumah kakak. Penat juga perjalanan yang dilalui tadi. Tapi hati saya berbunga..saya tiada tujuan yang penting pun ke sana semalam. Cuma hati ini teringin untuk ke sana..tanpa dirancang, sya menuju ke rumah kakak. Di sana ada insan-insan yang bisa menyembuhkan kepenatan bekerja seminggu ini.melihat muka anak-anak kecil itu membuatkan saya rasa gembira dan bahagia.

Dapat mencium pipi si kecil, mendengar abangnya yang baru berumur 2tahun memanggil2 nama saya walaupun masih tidak boleh bertutur dengan baik membuatkan saya girang. Dan setiap kali saya ke sana, ada sahaja permainan yang perlu saya temankan mereka bermain. Kali ini, Irham yang berusia 7 tahun meminta saya bermain bola dengannya.

Disebabkan saya katakan yang saya tidak pandai bermian bola, diperangkapnya saya deng

an soalan lain dalam usaha memujuk makciknya ini bermain bersama. " Cik Da tau kan main bola jaring?"tanya Irham. "A'ah,tau",saya menjawab. Kalau macam tu, jomlah kita main bola jaring sama-sama" pujuk Irham sambil tersenyum. Berjaya mengumpan makciknya ini..hehe.


Sebelum balik tadi..tiba2 Irham meminta saya memejam mata seketika. Ada hadiah yang ingin diberikan. Saya pelik. Hadiah apa pulak ni adik ( panggilan yang sebati suda walaupun si Irham ni sudah menjadi abang kepada 2 adik )? Takpelah..ni hadiah abe irham nak bagi pada cikda. Selama ni abe irham x penah bagi lagi key gapo2 kat cikda..Bialah..lepas doh pun hari lahir cikda..sambil menghulurkan pembaris yang dikeluarkan dari kocek seluarnya..

Terdetik dalam hati "Pembaris?"..amik jela. Nanti kecik hati pulak budak ni. Ku lihat dia terkilan sebab muka saya tidaklah begitu gembira menerima hadiah yang diberikannya. Waktu itu, saya mengejar masa. Betul-betul tengah kalut mengemas untuk pulang.


Penat menunggu tren yang masih belum sampai, saya mengambil pembaris yang diberikan Irham tadi. Saya belek2 dan tersenyum sendirian.Entah apa yang difikirkan budak kecik tu bagi saya pembaris kartun camni? puas membelek, baru saya perasan di sebalik pembaris itu ade cermin di tengah2 nya..hoho..patutla, sesuai diberikan kepada makciknya ini. Terharu seketika di stesen Maluri tadi.

Ikhlasnya naluri seorang budak kecil yang tau erti hidup pada memberi. Teringat raut wajahnya dan tutur katanya tadi yang jelas menunjukkan kebahagiaannya apabila dapat memberi pada saya.

edisi permata-ayahbonda

p/s: untuk locality dsini,usahlah anda hanya bercakap dan menulis bagai nk rak, sekencang puting beliung, sepanas api membara dalam nahi munkar/mencegah kemungkaran..tp praktikalnya kosong! buat makruf semua orang berani dan pandai..