Daisypath Anniversary tickers
Cerita 1 : Egois

Artikel ini adalah luahan hati seorang isteri yang sy copy dlm blog isteri saya..Pandai jgk ayg buat cerpen ye..Padan pun suka baca Ramlee Awang Mursyid..

Ditujukan khas pada wanita2 masa kini..Hayatilah,apa yang baik itu sama2 kita fikir..Fikiran ALLAH bg untuk sama2 kita memanfaatkanya..

“ Ok, semua.. jadi ustaz harap bila dah tiba masanya nanti pilihlah pasangan kamu dari kalangan pelajar ma’ahad lelaki..suami yang belajar apa yang kamu baru sahaja habis belajar sekejap tadi”, nasihat Ustaz Muslim kepada pelajar-pelajar kelas 4 Sains 1. Hampir kesemua pelajar mencebik, menunjukkan rasa tidak puas hati pada nasihat yang dikeluarkan oleh ustaz sebentar tadi. Membahang rasa telinga mendengarkan penyataan-penyataan yang keluar dari mulut penolong kanan kami selaku ustaz yang dipertanggungjawabkan mengajar subjek Akhlak. Entah kenapa, hati ini tidak boleh menerima jiran seberang yang nun jauh di sana. Bahkan, mereka dianggap musuh ketat, musuh tradisi dalam apa jua lapangan yang melibatkan sebarang persaingan antara kedua-dua ma’ahad. Takkanlah aku akan pilih salah seorang daripada mereka untuk menjadi suamiku.

Sepanjang kami belajar tajuk Adab Suami terhadap Isteri dan Adab Isteri terhadap Suami ustaz sering mengusik kami. Usikan yang mengandungi mesej namun tidak mampu kutelan sebagai pedoman ketika itu. Jiwaku memprotes hebat. “ Ingat tau, anak-anak ustaz.. Suami perlu dilayan bak raja sebuah negara..” Lagi sekali ustaz membuatkan hati ini merungut jauh di dalam. “Raja? Ada ke macam tu? Mana boleh..ustaz kan lelaki dan seorang suami. Memang la akan menangkan lelaki jugak. ee..tak puas hati betul la ”,luah hatiku ketika itu. “ Cuba bayangkan macam mana adab kita ketika menyembah duli sultan. Raptai dan bermacam-macam persiapan akan dilakukan ketika ingin menyambut seorang Raja. Berpuluh-puluh pasang pakaian dicuba supaya sejuk hati sang Raja memandang kita nanti. Dan sekiranya kita bertuah berpeluang untuk makan beradab bersama baginda sudah tentu kita tidak akan sekali-kali makan sebelum baginda makan. Dan sudah tentu hanya yang terbaik kita persembahkan dihadapannya. Betul kan?” sambung ustaz dengan panjang lebar. Itulah satu-satunya kenyataan yang paling kuat terpahat di ruang mindaku walau hampir 8 tahun telah berlalu. Suami itu ibarat Raja. Padat. Ringkas. Tetapi memberi kesan yang sangat mendalam.

“ Bagaikan sang merak, yang indah bulunya. Tapi tidak pernah terbang ke angkasa..ooh..sang merak”,sayup terdengar di gegendang telingaku lagu egois. Pernah lagu dendangan UNIC ini ditujukan khusus buatku oleh sahabat-sahabat. Tergelak seketika, memikirkan ketidakmatangan diri suatu ketika dahulu. Pengalaman dibesarkan di sekolah yang kesemuanya perempuan membuatkan aku begitu yakin dengan diri sendiri. Bagiku, tiada yang tidak mampu kulakukan tanpa insan bernama lelaki. Kami mencari buluh dan memotongnya untuk membina khemah, kamilah jaguh sukan (selain bola sepak), kami memasak, kami menjahit, kami juga bertukang. Segala-galanya kami belajar di maahad tanpa ada kerjasama dari pelajar lelaki. Bukan salah sekolah yang mendidik, namun aku yang tersalah menafsirkan segala-galanya. Lalu keegoanku semakin menggunung terhadap insan bernama lelaki.

Tika berkelana di bumi gambang,kutemui lelaki-lelaki yang kurasakan hanya pandai berkata-kata. Lelaki yang hebat berkempen ketika manifesto tetapi lemah di saat untuk merealisasikan apa yang dijanjikan. Ku merasakan perancangan kami kaum hawa lebih mantap, cekap dan tersusun. Entah berapa kali ku luahkan kata-kata sinis,ku tegur secara langsung beberapa lelaki dalam organisasi pimpinan pelajar ketika itu. Sungguh, pengalamanku bekerja di kalangan perempuan membuatkan ku berpendirian lelaki adalah kaum yang hanya ego. Tidak reti membuat kerja. Tidak tahu memberi pendapat,malahan jika ada tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Dari segi akademik jua kurasakan lelaki jauh ketinggalan. Lihat saja pada bilangan pelajar perempuan yang melebihi bilangan lelaki. Aku suka menegur, aku jua turut memberontak apabila ada yang kurasakan tidak kena. Sehingga suatu ketika, mereka terpaksa berjumpa seorang alim ulama meminta pendapat untuk menundukkanku..menyejukkan egoku,ego seorang perempuan. Pernah ku disindir oleh seseorang..awak tahu tak, ego awak ni lebih tinggi dari lelaki. Tapi kurasakan lelaki-lelaki itu tidak mampu menerima pendapat dan teguranku, tidak boleh melihat perempuan mengatasi mereka. Lelaki yang tidak mahu mengakui bahawa perempuan juga setanding mereka. Lucu bila mengingatkan aku sebenarnya yang terlalu ego mengatakan lelaki memang ego. Akhirnya, persoalan egoku berjaya dirungkaikan oleh seorang lelaki bernama suami.

Sebelum berkahwin, macam-macam pesanan disampaikan padaku. Mungkin kerana sahabat-sahabatku sangat memahami jiwaku yang ego. Maka, pesanannya hanyalah berkisar tentang mendengar kata suami, jangan meninggikan suara, jangan sesekali melawan dan yang seumpama dengannya. Aku sering bertegas. Sekiranya apa yang kurasakan adalah betul akan kupertahankan sepenuhnya. Aku akan memastikan hujah-hujahku diterima, dan aku tidak akan sesekali mengalah dengan mudah..Mungkin tidak akan mengalah langsung. Apatah lagi jika kenyataannya adalah aku tidak bersalah. Mana mungkin aku boleh tunduk mengaku bersalah sedangkan hakikat adalah sebaliknya. Oh..tidak.Bagiku, sesuatu pendapat yang kuluahkan bukanlah berdasarkan emosi tidak tentu hala dan setiap hujahku adalah berdasarkan kepada kebenaran, bukan rekaan semata-mata. Itulah aku, yang kini sedang cuba untuk memperbaiki kelemahan diri.

Di awal usia perkahwinan ini, aku banyak belajar erti “sabar”. Sesuatu yang mudah untuk dilafazkan namun amat sukar untuk disemai di hati sanubari. Sukar untuk dizahirkan dengan perlakuan. Namun, alhamdulillah..ALLAH mengurniakanku pasangan yang mampu meneutralkan hatiku yang keras,mampu mencairkan jiwaku yang sarat dengan ego. Ego seorang perempuan yang melebihi ego nya sebagai seorang suami. Kini, kutahu segala-galanya kurasakan tidak kena kerana aku mengejar kesempurnaan. Hakikatnya, wanita banyak mementingkan perkara remeh-temeh manakala lelaki hanya memikirkan perkara-perkara pokok yang perlu diselesaikan. Itulah jua isu yang menjadi perbalahan ketika ku berorganisasi. Tiada pihak yang salah, kerana itulah yang saling melengkapkan hidup kerana kita sememangnya diciptakan berpasangan.

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ}

{Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)}{Al-Hujuurat 13}

Tidak seharusnya bagi seorang wanita merasakan dirinya terlalu sempurna berbanding lelaki. Dan tidak seharusnya kita mempunyai pandangan yang tidak elok sekiranya kita melihat kekurangan dalam diri seseorang. Kerana setiap insan itu diciptakan dengan kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita hidup di dunia ini bukanlah berseorangan, hakikatnya kita saling memerlukan. Tidak salah berselisih pendapat namun ada caranya. Terkadang, diam itu adalah lebih baik kerana di kala diam itu, iman dan fikiran mampu menundukkan ego yang ada. Pandangan kita yang betul boleh disampaikan namun dengan caranya sesuai dengan masanya. Usah dicari kesempurnaan pada diri seseorang, tetapi sama-samalah kita mencipta kesempurnaan itu bersama-sama.

Baru kusedar, benar firmanNya bahawa lelaki itu adalah lebih kuat dari wanita..baru kuakui, aku terlalu ego dengan lelaki. Kata-kata ustaz suatu ketika dahulu berputar kembali di ingatan. Kebencianku pada pelajar Ma’ahad Lelaki menjadi semakin pudar dan terus hilang ditelan masa. Malah, kurasakan lucu apabila dikenang kembali. Bukan benci, tetapi tidak boleh melihat mereka mengatasi kami. Bila difikir-fikirkan, cikgu-cikgu lelaki tetap ada ketika kami melakukan kerja-kerja di sekolah dahulu. Bukanlah sepenuhnya di bawah usaha kami sendiri. Hakikatnya, ego itu hanyalah dicipta oleh diri ini.

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

{ Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar}{An-Nisa' 34}

Berbekalkan ilmu agama yang ku pelajari di ma’ahad dulu, kini hati ini lebih mudah untuk dipujuk. Kerana aku bergelar seorang isteri..yang perlu melayan suami ibarat Raja. Selagi mana syariat ALLAH dan tuntutan sunnah Rasulullah saw tidak dilanggar, selagi itulah isteri wajib mentaati suami. Kalau dulu, aku mampu mempraktikkannya terhadap kedua ibu bapaku..kini tidak mustahil untukku lakukannya pada suami tersayang. Walaupun, dia adalah LELAKI dari Ma’ahad Lelaki. Itulah perancangan ALLAH, yang tidak mampu kuungkapkan keindahan aturanNya.Syukurku ya ALLAH untuk suami yang begitu memahami.

Abang...

Ayang sayang abang kerana ALLAH..terima kasih atas kata-katamu..usah dikejar solehah andai belum boleh mempertahankan kesabaran(^,^)

p/s : Jangan terlalu benci, nanti sayang..jangan terlalu sayang nanti kamu akan membenci..Jangan mendabik dada jika dirimu berasa hebat malah lembutkanlah hatimu wahai wanita, sesungguhnya setelah dirimu bersuami maka dirimu akan mengerti apa itu hormat dan taat pada Lelaki..


Cerita 2 : Suami beruk..

Hayatilah video ni..Maaf jika bahasa dirasakan kasar,tp bg masyarakat setempat dan orang2 yg biasa,ianya hanyalah biasa..Ramai anak2 muda kita begini..

Cerita 3 : Isteri bekeng..

Kesimpulannya :

Pergaulan yang baik

{وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ}
{bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik}{An-Nisa'19}


Taat selama mana tidak bertentangan dengan syarak

عن عبد الله بن أبى أوفى ، قال : لما قدم معاذ من الشام سجد للنبي صلى الله عليه وسلم قال " ما هذا يا معاذ ؟" قال : أتيت الشام فوافقتهم يسجدون لأساقفهم وبطارقتهم . فوددت في نفسي أن نفعل ذلك بك . فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " فلا تفعلوا . فإنى لو كنت آمرا أحدا أن يسجد لغير الله ، لأمرت المرأة أن تسجد لزوجها . والذي نفس محمد بيده ! لا تؤدى المرأة حق ربها حتى تؤدى حق زوجها. ولو سألها نفسها ، وهى على قتب ، لم تمنعه" رواه ابن ماجه
(sebahagian diceritakan dalam video)

p/s : semuanya ada kaitan..jadi fikir2lah..

Mahu jadi anak yang baik..?
Mahu jadi hamba yang soleh..?
Mahu jadi anak muda yg baik..?
Mahu jadi suami yang baik..?
Mahu jadi isteri yang taat..

ATAU kita mahu jadi anak muda yang rosak segala2nya..Tiada mulia sedikit pun kita belajar medik,atau penyanyi yang bersuara enak,atau pemain bola yang hebat jika kita semua mengabaikan tuntutan islam itu sendiri..Kita rosak,anak2 kita akan rosak..Sama2 kita cermin diri kita sendiri..Sungguh seronok kita semua berfoya2 diwaktu muda ini..Rosakknya kita!!




Bukan Kempen Yang Dikejar..
1:06 AM | Author: kre
Sempena kempen " Biah Solehah"..(walaupun dah lama dilancarkan)
Tidak berkesempatan menulis ats sbb2 tertentu..
Hayatilah gambar2 berikut..
Ingat,bukan kempen yang dikejar..Tapi sunnah dan amalan yang dipegang supaya menjadi amalan semua..
Kempen hanya mengingatkan kita yang lagho ini..
3s - Salam Senyum Sangka Baik
1s - Solat

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ
{Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani}{Al-Hujuraat 12}

















p/s : kita hidup bukan dengan logik akal..kalau sifat kita teruk(kekal dlm dosa) sebegini macam mana anak2 kita nnt..tiada kaitan dgn entry diatas
Makin hari Makin lalai..
4:32 AM | Author: kre


Dua 3 hari ni, aku asyik melihat dan memerhati sekeliling..
xtaulah kenapa fikiran dan hati nk buat begitu..
Selepas meeting muhasabah EXCO hari tu..
mcm2 stat bermain dalam kepala..

Sedih, kecewa, dan hampa..

Hari2 kita makin tua..

xde sorang pun makin muda..
Kalau ade pun, yang "koya" muda..
Tatkala umur makin meningkat..


Tahap kesedaran kita amatlah rendah..
Mengaku diri mahasiswa,bebas buat ape sahaja..
Tp bebas
tanpa kesedaran yang semakin hari semakin terbabas..
Selalu terfikir, apakah peranan aku..!


Manusia kini terus lalai dan leka..

Tidak hairanlah org2 yang menegur terus dikutuk dan dicerca..

Tidak hairanlah,benda baik dipandang pelik jelik dan sebaliknya..

Aku, manusia terus buta..

Makin hari makin membuat perkara yg lalai..
Makin byk pula benda2 lalai yg ada..
Sembang2 kosong dalam internet makin byk.

.


Hasan Al-Basri berkata : Wahai anak Adam, sesungguhnya kamu hanyalah hari2 yang terkumpul..Apabila berlalu satu hari, maka berlalulah sebahagian darimu..

" يا ابن آدم , إنما أنت أيام مجموعة , كلما ذهب يوم ذهب بعضك "

Intenet makin disalah guna..

Aku tulis ni sbb aku terbaca satu website..
Baik website itu jika guna dgn betul..
Tp,kita lebih guna untuk sembang kosong..
Merapu..
Banyak sangat rasanya masa kita ni..

Sampaikan makin ramai orang menggunakannya..
Entahlah..aku makin tua..
Dunia dah hampir penghujungnya..

Tp kita juga yg terus leka..

La Hot Spring = tempat percutian mandi air panas di terengganu..(ade kaitan ngn entry ni)
Menyesal masih ada gunanya...
3:04 AM | Author: kre
Moral down and depressed
Tons of work ahead
Unorganized daily routine



bagi yg sedang bc,harapan supaya dengar smpai habis

{اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ}
{Tunjukilah kami jalan yang lurus}{Al-Fatihah 6}

{هُوَ الَّذِي أَنزَلَ السَّكِينَةَ فِي قُلُوبِ الْمُؤْمِنِينَ لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَّعَ إِيمَانِهِمْ ۗ وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا}
{(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana}{Al-Fath 4}


xpandai urus masa binasa