Daisypath Anniversary tickers
Anak-anak muda
12:22 PM | Author: kre
Waktu ini,
Anak-anak muda kita makin rosak..
Anak-anak dididik dengan kemewahan dan kebendaan..
Anak-anak diasuh cintakan dunia..
Anak-anak membesar dengan penuh kelalaian..
Anak-anak diminta untuk berjaya dalam akademiknya semata-mata..
Itu jua nilaian manusia..

Kini,
Akhlak anak-anak muda makin diabaikan..
Jarang-jarang yang mahu anak-anak kenal agama sedalam-dalamnya..
Jika ada, semuanya hanya cita-cita..
Mainan mulut ibu-bapa sahaja..
Kesungguhan dan praktikalnya tiada..

Suasana beginikah yang kita mahukan?
Dalam suasana beginikah yang kita mahu anak-anak kita dibesarkan?
Masyarakat makin hilang agamanya..
Masyarakat makin nipis akhlaknya..
Masyarakat makin menyanjung dunia..
Inikah kita wahai pemuda-pemuda?

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
(
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ) (سورة الأنعام 32 )
Hipokrit
8:53 AM | Author: kre
Hipokrit..
Kalau dulu berani,sekarang sudah jadi penakut..
Kalau dulu rajin,sekarang sudah jadi malas..
Kalau dulu kuat,sekarang sudah lemah..

Hati mula rasa kosong, tanda hati makin jauh denganNYA..
Hati mula makin busuk, tanda hasad bermaharajalela..
Hati mula kering, tanda iman diabaikan..

Iman makin pudar dan menurun..
Iman sudah merosot..
Iman makin rapuh..
Tanda diri makin lalai..

Dia makin alpa..
Leka..
dan Buta kerana dunia..

Lemahnya iman Dia,
Berkaratnya iman Dia..
Allahuakbar..
Tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMu,dan beriman kepadaMU..

‎( وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah
bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu
kamu tidak akan diberikan pertolongan..
(
سورة الزمر :54)


Hari demi hari,manusia sekiling sudah lupa dosa pahala....