Daisypath Anniversary tickers
SEKILAS PANDANG SEORANG KETUA
10:11 AM | Author: kre
بسم الله الرحمن الرحيم
Seputar masa..

Tanggal 26 November ini mungkin menjadi detik bersejarah bagi warga mansurah khususnya mahasiswa sains kesihatan. Alhamdulillah sesi pemilihan tahun ini menggunakan konsep dan sistem baru. Iaitu ala-ala pilihanraya di Malaysia. Satu langkah yang bijak bagi menutup ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Banyak pro n cons yang dapat kita lihat,lebih-lebih lagi JPC mansurah menjadi perintis permulaan gerak kerja berbanding dengan cawangan2 lain.

Tidak kurang juga yang memandang sinis bagi calon2 yang menandatangan borang untuk bertanding. "tak malu ke diorang nak bertanding?" "nak mencapub ke ape diorang ni" "study2 sudahlah" dan macam2 lagi yang boleh kita dengar. Satu lagi pandangan yg cetek dizahirkan oleh mahasiswa. Pandangan beginikah yang hendak menjadi harta intelek negara?. Merenung jauh saya,cuba merungkai segala persoalan.

Bagi saya mereka tidak lain tidak bukan tergolong dalam individu2 yang digerakkan hati mereka untuk rasa tanggungjawab kepada rakan2 mereka. Tidak lebih untuk menjaga kebajikan sesama sendiri. Mereka sanggup meletakkan beban yang mana tidak ramai orang yang mahu memikulnya. Rasanya seorang pun tidak ada yang dibayar gaji sepanjang perkhidmatan mereka bersama PCM bahkan terpaksa mengorbankan masa,wang,tenaga dan banyak lagi.

Jikalau mereka hamba yang ikhlas,hanya satu dalam hati mereka, iaitu kerana ALLAH. Kerana sesungguhnya pahala dan rahmat itu adalah jauh lebih tinggi dan tiada bandingnya dengan yang lain. Rasa amanah dan tanggunjawab terhadap agama ALLAH tertusuk disanubari mereka!

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imron: 110)



Saya juga merasa tempias,sikit sebanyak mengingatkan saya kembali pada sesi lepas, bagaimana sesi kempen dijalankan. Pelbagai isu yang timbul dan saya harapkan pada kali ini ALLAH mudahkan segalanya.

Dua calon, dua pembawakan berbeza...

Kalau dilihat pada kali ini, kedua2 calon pengerusi merupakan individu yang mempunyai kelebihan masing2. Masing2 sudah mengeluarkan manifesto iaitu 3K bagi Azizi dan 3R bagi Ashraf. Kedua2nya juga sudah tentu mempunyai prinsip yang berbeza. Adalah tidak adil jika kita menghukum hanya dengan sekilas pandang.

Ashraf atau nama hensemnya Bullet sudah tentu ramai yang mengenalinya,seorang pelajar yang cemerlang akademiknya tidak kurang hensem lagi tampan. Tidak dinafikan idea pembaharuan yang dibawa beliau banyak menjentik telinga2 yang tidak pernah pun mengambil kisah berkenaan dengan PCM sebelum ini. Tahniah buat bullet kerana berjaya menimbulkan kesedaran kita semua. Beliau sempat berjumpa dengan saya pada hari terakhir penghantaran borang calon, seraya beliau berkata : " Abe jangan terkejut sapa calon pengerusi sorang lagi ".

Agak terpinga2 juga saya dibuatnya. Hati terdetik dan tertanya2 siapakah gerangannya yang sanggup memikul amanah sebagai pengerusi jika ditakdirkan. Sempat juga saya berkata, alhamdulillah,baguslah. Ruang terbuka luas untuk sesiapa sahaja. Bukan satu dominasi dan ianya terbukti!

Siapa Cadangan Saya?

Azizi Md Jusoh. Beliaulah yang saya cadangkan untuk mengisi kerusi pengerusi. Seorang exco yang berperwatakan sederhana dan amat baik akhlaknya. Sesuai juga dijadikan sebagai menantu dan calon suami. Ingat,jangan kita nafikan yang faktor akhlak dan sahsiahlah yang menjadi tunjang pada seorang pemimpin, itupun jika kita membuka kembali lembaran sirah Rasulullah. Walaupun begitu saya tidak sehebat beliau. Akhlak dengan ALLAH dan makhluk2 lainnya. Jiwa yang bersih dan akhlak yg baik akan memacu seseorang pemimpin disamping beberapa faktor sampingan yang lain.

Kenapa saya tidak mencadangkan saudara Hanif Mahamud? Beliau seperti mana yang diketahui merupakan orang paling kanan saya dalam PCM. Banyak suara2 yang lalu ditepi telinga saya bertanya, kenapa azizi dan bukannya hanif. Kalau diikutkan logik dan munasabahnya tentulah hanif.

Sebagai seorang ketua, saya mempunyai pandangan yang berbeza. Kekananan(betul ke?) @ hirarki jawatan bukanlah penentu untuk menjadi pengerusi. Dalam masa yang sama, pengalaman tidak boleh dipandang enteng kerana ia merupakan aset yang berharga mengepalai sesuatu organisasi. Sepanjang setahun mengemudi PCM dan banyak berurusan dengan semua exco yang ada termasuk hanif membuka minda saya.

Azizi mempunyai satu aura yang tersendiri yang menyebabkan saya mencadangnya. Sentiasa mempunyai idea yang agak berlainan dengan exco2 lain. Idea yang sentiasa segar. Tidak kurang dengan hujah yang kukuh untuk menolak dan menyokong setiap idea yang diberi. Kadang2 membuat saya sendiri terpegun. Bukan untuk memuja-muja tapi sekadar perkongsian pengalaman yang sempat saya kutip.

Beliau juga tenang dan tidak menggelabah apabila sesuatu masalah timbul, apatah lagi berasa serabut. Berperwatakan tenang, sesuai dipanggil Mr Cool sebagaimana yang dicanangkan. Dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah dengan bijak dan pantas. Menurut pengalaman saya, ketenangan amat2 diperlukan bagi seorang pengerusi kerana masalah yang timbul akan mengganggu segala kerja apatah lagi pelajaran. Bebanan kerja kadang2 merisaukan diri. Bukan semua orang yang mampu menghadapi semua cabaran ini. Bagi yang xpernah memegang posisi ini, anda mungkin senang berkata2 dan melemparkan tohmahan, anda tidak akan merasai keperitannya. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Sejak kempen bermula, bermacam2 yang saya dengar. Adalah tidak adil bagi pandangan saya jika orang mengatakan jika Azizi menjadi pengerusi, beliau akan membawa pembawakan yang sama dengan saya. Dari manakah sahabat2 semua mengambil tekaan ini?Adakah sahabat2 semua pernah bekerja dengan beliau? Jangan cepat membuat andaian jika kita xpasti.

Pengalaman saya sudah cukup untuk menjadi bukti bagi diri saya dan sahabat2 semua. Beliau jauh kehadapan dalam pemikiran. Amat berlawanan dengan saya. Percanggahan pendapat yang kerap ketika bermesyuarat dan idea2 yang berlainan dengan saya mampu menolak semua kata2 orang. Azizi adalah Azizi dan Azizi bukannya saya. Sudah tentu beliau mempunyai visi dan misi yang berbeza dari saya untuk memantapkan PCM. Saya dapat menjangkakan yang beliau akan membawa angin segar dan perubahan dalam PCM!.

Sebagaimana Tun Abdullah memberi kepercayaan beliau kepada Dato' Seri Najib, begitu juga saya memberi kepercayaan saya kepada Azizi. Sesungguhnya seorang ketua mampu melihat kemampuan dan kelebihan orang bawahannya!

Moga2 ALLAH memberi yang terbaik untuk semua. Ingatlah wahai calon2..Ikhlaskanlah niat kamu untuk menolong sekiranya diberikan amanah. Pahit getir hidup dan pengorbanan! bak lagu Ella..Diharapkan semua dapat turun mengundi pada Jumaat ini..

(Aku nak lihat jgk perubahan dalam PCM..Sejak dulu lagi pengerusinya ditakdirkan tinggal di samanoudi.. Syafi dkt blok c, Izzat Kamal dan Saya berhampiran Masjid samanudi. Tidak lupa juga Calon pengerusi Bullet.. Jadi aku nak perubahan,nak undi Azizi kerana beliau tinggal di syari' Hasan Said..)Jenaka seorang sahabat yang saya dengar..selingan sahaja..


Akhir sekali, maaf dari saya kerana lambat meluahkan pendapat kerana akhir2 ini agak sibuk. Serentak EXM + MTC + HAL RUMAH TANGGA. Moga2 berlalu dengan jayanya..


p/s : entry saya yang lepas berkenaan pilihanraya tahun lepas..xde orang baca rasanya..panjang..bagi sesiapa yang nak memahami amanah dan kepimpinan sila baca la ye..