Daisypath Anniversary tickers
Lembik Mulut...
7:51 PM | Author: kre

hati yang hitam berkarat...

Sedang melalui minggu2 yg agak menyerabutkan..Agak susah bila xreti nk handle..Apa2 pun setinggi2 kesyukuran pada warga PERUBATAN Mansurah yang hadir pada program sambutan Maulidurrasul malam Jumaat yg lepas..xsangka begitu ramai yang dtg..Alhamdulillah..Rupanya kita semua masih ada sayang pd junjungan besar Rasulullah kita..

Walaupun hakikatnya kita masih lagi byk mengabaikan segala tuntutan baginda..Kita taat dan suka hanya pada apa yg selari dgn keseronokan kita..itulah ummat di zaman sekarang..Yang kita xsuka,kita hanya buat2 xtahu,dono dan xkisah..

Sbb tu lah sepanjang kita hidup ni mst ada sj yg xkena pd kita..Mungkin kita menghina secara xlangsung sbb byk sgt kita abaikan perintah dari ALLAH dan Rasul..Percaya x yg hati kita masih lagi keras,kematu,hitam legam..Kalau suci dan bersih mana mungkin kita masih berbuat dosa yang berterusan..


Setiap peraturan, itulah yang kita tentang..kenapa mst begitu ye??Kita masih lagi ego dgn Pencipta..Kita masih xsedar..Kita buat2 xtahu yg kita ni hina..Kita menganggap kita ni bebas,mahasiswa yg bebas,xsedar yg mungkin akn terbabas suatu hari nnt jika leka dan terus ego..Jika di tegur pun,xpernah untuk tunduk,xpernah unt
uk muhasabah..Bila diberi peringatan,mulut hanya mencebik masam..

Mungkin ini adalah sindrom ummat kini, mungkin juga kita xpernah terfikir apa yg baik disini boleh dijadikan panduan..Kita menganggap semua yg baik ini adalah jumud..Dalam xsedar kita adalah yg jumud..bukan Islam yang jumud..


Pernah sy beritahu pada seorang sahabat, kenapa biah yg baik disini,peraturan yg baik disini tidak kita cuba praktikkan untuk membentuk diri kita..kemudian kita cuba aplikasikan ia di Malaysia kelak sejurus kita pulang..Malaysia adalah tanah yg gersang dgn hukum dan syariat..Malaysia masih lagi bumi tandus..Penuh dg
n longgokan nafsu..
INI TUGAS AKU!!tidak pernahkah kita merasa begitu??


xpnah menangis,kerasnye hati..

Entah kena atau tidakk dgn tajuk..sindrom lembik mulut ada lagi pada aku..Takut untuk menegur kemungkaran di dep
an mata..Takut malu dibalas balik..Hanya menggunakn teknik tegur dlm hati yg dianggap selemah2 iman..Kalau sampai tua pun macam ni macm mane??Baik aku pulun stdy saje..xkisah dgn org lain dan sahabat2 aku yang lain..Baik aku kejar kecemerlangan untuk aku..Mumtaz untuk aku..busuk nye hati..pernah juga terbaca status msj seseorang," Stdy sampai mati!"..hmm..

Entah dan terus entah..aku manusia yang lupa diri..mungkin itu yang paling tepat!..

{وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ}
{Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung) dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.} {Al-Anbiya' 47}

{وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ}
{Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.}{As-Syura 30}

{وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِظُلْمِهِم مَّا تَرَكَ عَلَيْهَا مِن دَابَّةٍ وَلَـٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ}
{Dan kalaulah Allah menyeksa manusia disebabkan kezaliman mereka, tentulah Ia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan.} {An-Nahl 61}

Lupa daratan....xpernah insaf dan takut..
Allah Masih Sayang Pada Isteriku...
8:09 AM | Author: kre
Wahai isteriku sayang
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa

Apabila DIA berkata "Jadi", Maka jadilah kehendaknya
Tiada seorang pun mampu menolak mahupun mengatakan tidak


بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
{Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahann
ya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia} {Al-Baqarah 117}

Wahai isteriku sayang
Ketahuilah bahawa ALLAH masih menyayangimu
ALLAH masih lagi menyambung nafasmu
Tanda rahmat dan kasih sayang untukmu


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا
ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

{Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani} {Az-Zumar 53}

Wahai puteriku sayang

Ketahuilah sesungguhnya ALLAH mahu mengujim
u
Menguji sabar dihatimu
Adakah mampu ditanggung dirimu


فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
{Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya} {Al-Ma3arij 5}

Wahai puteriku sayang
Ketahuilah bahawa ALLAH memerhati dirimu

Menilai semua nikmat2 yang ada padamu
Adakah syukur ada didadamu


وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
{Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur} {Al-Qasas 73}

Sayang, kuatkan semangat..
Abang disisimu..

Sayang, cekalkan hatimu..
Sayang, jangan lupa kita hidup hanya semetara..
Sayang, jangan lupa yang ALLAH sayang padamu..
Moga2 segala ujian dari ALLAH sebagai penghapus dosa2..


wing of anopheles

عن سهل بن سعد – رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافراً منها شربة ماء
{ Sabda Rasulullah S.A.W : Sekiranya dunia ini ada nilai disisi ALLAH walaupun senilai sebelah kepak nyamuk, maka nescaya Allah tidak akan memberi seteguk pun air pada orang2 kafir } {Riwayat Tarmizi}


Jumaat 12/02 isteriku,adikku serta seorang ank saudaraku di uji oleh ALLAH. Jam 1pg kereta isteriku yang dipandu adik terlibat dalam kemalangan. Kereta terbalik dan kembali pada kedudukan asal sebelum berhenti..ALLAH amat mengasihi keluargaku..ALHAMDULILLAH semuanya selamat..

Remuk..

Bumbung terbakar selepas terbalik..

Banyaknya dosa2 kita..Percayakah kita bahawa kita xpernah rasa takut pada ALLAH!
Bahkan kita boleh lagi rasa ENJOY hidup ni kan..

Ucapan Selamat...
12:20 PM | Author: kre

Moga2 sahabat2 yang akan mendirikan masjid dlm ms cuti ni dipermudahkan segala urusan..Tiada tempat untuk mengadu dan mengharap selain dari ALLAH..InsyaALLAH rahmat dan barakah untuk kalian semua..

Bagi sesiapa yang berniat menuju kearah itu, dialu2kan..Rancang dan plan baik2..InsyaALLAH ada jalan dan di bukakan pintu pahala..




plan membina masjid...




cantik bila dh siap...

insyaALLAH ada kelapangan masa akan sambung entri khusus untuk ini..

Iklan...
12:15 PM | Author: kre
SINAI..

Katanya ade kosong lagi..boleh kontek ajk2 yg terlibat..



Hantar Karya...

Hensem model promo...
Mana2 yang kreatif berkarya, sumbangkanlah tenaga dan idea anda..Kongsi2kan bersama..