Daisypath Anniversary tickers

Salam 1malaysia..


Ungkapan popular lahir dari perdana menteri malaysia,Dato' Seri Najib..Sedar xsedar dh hampir pertengahan ramadhan..Sekolah,Madrasah,Matrikulasi mahupun Universiti ramadhan yg sedang dilalui oleh rakyat 1malaysia bahkan 1dunia Islam seluruhnya..Sedihnya,roh bpuasa atau ramadhan xdpt dirasai di negara 1malaysia,jauh bezanya dgn bumi kinanah..Disini Ramadhan bulan juadah, bkn ibadah..

Ramadhan jg bulan menguji nafsu,menilai sejauh mana diri anda masing2..


“Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan”.

(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)


Di bulan inilah kita dpt lihat keadaan nafsu masing2..kite dpt lihat ramai "malaikat2" membanjiri masjid..kalau sebelum ini masjid sunyi sepi,hanya imam dan bilal mengimarahkan,atau "kelik pah-kelik pah" menanti bila anak2 mukimku dtg hendak mengimarahkan rumah2 ALLAH..Dengan dtgnya ramadhan yg menjadi bulan rahmat,ternyata rumah2 ALLAH kembali 'segar'..


Adakah kita yang mengaku sebagai hamba ALLAH hanya tahu bahawa ramadhan adalah "bulan" ke masjid?Lemahnya diri kita sebagai hamba jika berfikiran sebegitu..Tidaklah rugi jika kita selalu berjemaah..Berjemaah bukan bermusim..Bukan kita xtahu pahalanya..tapi diri kite yg xmahu,xsey,malas ataupun buat2 xtahu..berbeza dgn musim2 buah-buahan..jika byknye durian maka berpusu2lah kita ke pasar mahupun "stokis2" durian yang terdekat..


" Masjid adalah rumahku"..Jika itulah yg disematkan dlm hati setiap pemuda-pemudi kini,maka beruntunglah kita..menjadi antara golongan yg mendapat lindungan dari ALLA

H diwaktu tiada satu pun perlindungan yg dpt melindungi dan menaungi pada hari tersebut.."pemuda yg sentiasa terikat hatinya dengan masjid"...

Alhamdulillah,dgn dtgnya ramadhan..penuh harapan kita perlu harapkan,moga2 ramadhan menjadi bulan pemangkin untuk kite beribadat,untuk kita melazimi solat berjemaah..biarlah ianya menjadi permulaan bg ibadat yg berterusan..


Kalau kita mengerti apa itu ramadhan nescaya menjadi hamba yg soleh lah kita semua..sedar xsedar kite masih lagi tidak mengerti apa hakikat,tuntutan dan segala isi ramadhan..sbb itu lah kita boleh di kategorikan sebagai manusia yg masih lagi lalai..Moga2 hati kita lembut untuk menerima cahaya islam sepenuhnya..


Bulan yang menjanjikan keampunan untuk kita,tp masih lagi kita melakukan maksiat..couple soleh-solehah ramadhan,xjaga lisan,pandangan dan sebagainya..xbermaksud d bulan lain kita boleh melakukannya..tetapi kita "mengsolehahkn" maksiat yg dilakukan..Pergi berbuka puasa bersama2 lelaki dan perempuan..kata si abg sambil2 menunggu azan : syg, kena byk qiamullail bulan2 puasa ni,g terawih ye..jgn tinggal..abg doa sokmo pada ayg dlm solat abg..sambil2 mengusap tangan si perempuan..balas si ayg nye : ish abg ni,bulan puasa mana boleh pegang tgn..haraaammm...Bijaknya kita manusia ni....


penaja berbuka puasa


Mintaklah kita keampunan dari ALLAH,mudah2an kita semua menjadi seorang hamba,pelajar,ibubapa yg sentiasa igt pd ALLAH..Kejarlah kelebihan ramadhan..Pecutlah.khusuyklah dlm beribadat..kalau dulu kita hanya berjalan(slow), belilah basikal(speed up) tuk memperbykkn amalan kita..contoh :kalau dulu berjalan kaki ke kuliah,kini pokjak dh berbasikal ke kuliah..


Suatu hari Jibril pernah berdoa :

Sesiapa yang berlalunya Ramadhan dan dia tidak diampunkan,maka ALLAH akan menjauhkannya dari rahmat ALLAH..

Nabi s.a.w berkata : AMIN (perkenankanlah)

(Hr Ibnu Hibban).


Ayuh sahabat2,kejarlah ramadhan sewaktu masih ada ini.Tidak mustahil kita di panggil mengadapNYA sekejap lagi.Sembahlah ALLAH sesungguhnya ALLAH itu kekal, dan janganlah kita menyembah Ramadhan kerana ianya pasti berlalu. Mohon ampun dan maaf daripada shbt2 sekalian. KULLU AM WA ANTUM BIKHOIR. Selamat Beribadah dan berpuasa dari saya dan isteri.





~Akhir kata, beribadat bukan bermusim~

~Make sate ccucuk lidi~ i.e: amalkan ibadat yang betul..

Ps: xdok Arabic font

|
This entry was posted on 7:03 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: