Daisypath Anniversary tickers
Salam Bagan Pinang...
Al-Fatihah untuk Almarhum adun Bagan Pinang Azman Mohd Nor..

Kebelakangan ni,kalau semua mengikuti perkembangan isu semasa,ada dua isu yang hangat diperbincangkan,diperkatakan,dibahaskan disebut2kan oleh orang ramai,yang jahil mahupun yg alim..Isu Kartika yg di sabitkn dgn kesalahan minum arak dan isu pembinaan kuil hindu di Shah Alam..

Semua bersuara,yang jahil bercakap bak ulama' yg faqih,berapi2 hujah2 dan pendapat yg di keluarkan..yg faqih pula diam membisu seribu bahasa macam ubi stelo(diam2 ubi xberisi)..Janganlah jadi kerbau,lembu,kambing dicucuk hidung ibarat pepatah melayu..hanya seorang dua yg berani bersuara,itu pun dikalangan kerajaan pembangkang..Inilah senario yg melanda negara kita..Mudah2an bakal2 ulama' yg bakal lahir lebih lantang bersuara menegakkan hukum2 ALLAH supaya xditindas dan ditinggalkn..

Isu Kartika Sari Dewi Shukarno :

Heboh bila seorang wanita dikenakan hukuman sebat disebabkn kesalahan minum arak..Pertama kali mahkamah syariah menjalankn hukuman mengikut sebatan cara Islam..Bising sesetengah golongan yg "jahil" apabila berlagak alim,mengatakan hukuman ini menindas,xpatut kerana dia seorang wanita,baru pertama kali minum dan pelbagai lg alasan..huh,byk sungguh fatwa2 baru yg dkeluarkan diselaraskn dengan hujjah2 y g diambil dari kitab2 nafsu karangn sendiri..menarik2..baru2 ni keluar juga kenyataan dari mantan PM kita,beliau menukilkan dlm blog peribadi beliau :

Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Bolehlah sahabat2 semua menjenguk blog beliau seketika,jawapan dan persoalan dari beliau telah dijawab dan dikupas oleh Ust Zaharuddin dlm entry khusus untuk menjawab persoalan Tun Dr Mahathir..Alhamdulillah,moga2 kita Tun dan kita semua yg cetek agama ni mendapat manfaat dari artikel ini..

Disusuli pula dengan kekalutan SIS(Sister In Islam)yg merojakkkn semua perkara sehingga menjadi "colek pauh" yg tidak enak dimakan..memeningkan org2 islam dan rakyat2 1malaysia yg lain..Kakak2 in Islam,cukuplah..Ini kenyataan salah seorang wakil SIS dlm satu diskusi antara Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan lima wakil pensyarah dari fakulti undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tiga wakil Sister in Islam (SIS : link:

Wakil SIS Nazreen mencelah bahawa pihaknya tidak pernah mempertikaikan dosa minum arak dan apa yang telah termaktub dalam al-Quran tetapi mempersoalkan kaedah pelaksanaan hukuman yang dilihat berat sebelah dan menjadikan Kartika sebagai mangsa.

"Ini kesalahan pertamanya bahkan dia sendiri telah mengaku. Kartika melalui trauma dalam keadaan dia menjadi mangsa. Sepatutnya dia dibebaskan daripada hukuman. "

Sebatan cara manusia....

Hukuman sebat cara Islam dipertikai,tetapi sebatan cara nafsu yg diamalkn di mana2 penjara sekarang ini tiada seorang pun yg melatah..Pening lagi memeningkan bila org "ALIM" berfatwa..Sama2la kita fikirkan,rujuk para Ulama' sebelum bercakap..Moga2 lidah kita xtersilap ckp,lebih2 lagi di bulan ramadhan yg mulia ini.. Islam itu Indah dan Adil,xpernah membebankan apa lagi menindas dan menyeksa umatnya..


Isu Pembinaan kuil hindu di Shah Alam :


Haru-"Biru" sungguh bile isu kuil ini di bangkitkan diperbesarkan.Satu benda yg cukup mudah bg islam tp di berat2 kn oleh sesetengah pihak.Memang sensitiviti semua masyarakat perlu dijaga,itu yg diajar oleh Islam.Tetapi bila bangkit satu golongan yg memperjuangkan melayu lebih dari Islam itu sendiri maka berlakulah kekalutan.Ini semua berpunca dari kelemahan pemahaman kita terhadap Islam.Maka apabila perjuangan berasaskam kebangsaaan dan nafsu,segala nilai2 Islam terus dipinggirkan..Sejarah dan pengajaran serta peringatan yg digariskan dlm ALQURAN juga diabaikan.Islam itu mudah bak kata Rasulullah S.A.W

Dalam insiden yg berlaku baru2 ini,akibat tidak puas hati dgn tapak pembinaan kuil hindu,ada sesetengah pihak sanggup berdemonstrasi dan yg lebih teruk lagi ada yg sanggup membawa kepala lembu,lalu memijak2 mungkin sbg penghinaan kpd masyarakat hindu yang mana umumnya kita mengetahui bahawa lembu adalah simbolik sbg tuhan mereka.Inilah yg terjadi dlm masyarakat kebangsaan kita sekarang ini.Malahan xpasal2 mereka yg terlibat tersebut dihadapkan ke mahkamah.Cari nyakit kalu ore kelate kato.

Islam xpernah mengajar umatnya menghina agama2 lain,kerana masing2 mempunyai hak.Cuba renungi potongan firman ALLAH ini.

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." (Al-An'am 108)


Jangela hina aku,aku xbersalah pun....isk3

Kalau di negeri kelate pula,xdok masalah pon,ado tuhan hok dok berbaring,duduk cokoh pon ado,bahkan yg berdiri pun ado.Xdok la kerajaan negeri kelantan nk gi robohkan guna keto ssodok pun.Kan comey bila kita semua tahu apa tuntutan Islam.Ni gak semua main pakat gomol jah.Ikut sedap macam bumi ni kita semua buat.

Jadi apa pun yg kita nk buat,fikir dulu dan yg paling penting rujukan kita Alquran dan Sunnah menjadi guide line yg paling utama.Sekadar renugan bersama..Akhir kata,rebutlah malam Laulatul Qadar yg ALLAH telah janjikan.Moga2 hati kita diberi petunjuk dan taubat kita diterima ALLAH..

~Repih ssekut xkena caro hancur jadinya~
~ISLAM ITU COMEL~
|
This entry was posted on 5:51 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: