Daisypath Anniversary tickers
Bodohkah Kita..
7:42 AM | Author: kre



Sejak kecil lagi kita di beri nikmat..
Bahkan sebelum lahir lagi kita dijaga Sang Pencipta..Masakan lahir kita ke dunia tanpa izin dari-NYA..
Tangisan pertama di sambut dengan azan dan iqamah..Tanda bersyukur dan mengagungkan si DIA..
Moga lembut hati kita dipelihara..
Mata yang celik sebagai bukti kita di kasihinya..
Mula bertatih mengenal dunia..Gelak tawa penyeri ayah-bonda..
Adakah ia tanda kita bersamaNYA..???
Makin hari mengenal dunia..Mula bahagia dengan segala2nya..
Pencipta sudah dilupa..Hawa nafsu menjadi raja..
Dulu-dulu mushaf dikendong..Untuk mengenal Alif Ba Ta..
Kini pandang pun tidak mahu,apatah lagi menyentuhnya..
Hati yang putih mula kehitaman..Mata yang jernih mula kekaburan..
Orang membawa agama dicemuh jua..Syadid pula kata mereka..
Syariat dijulang jumud dikatanya..
Maksiat bermaharajalela hanya seinci di depan mata,tapi...Itu yang dikata "berfikiran terbuka"..
Perkara mungkar disanjung mulia, Amar makruf jelek jua pandangannya..
Wahai adik2ku,abang2ku jua kakak2ku..Bodohkah kita???
Saat ajal diseru,sempatkah kita......




aku bukan orang yang tinggi agamanya..
masih jahil dan mencari ilmu..
jangan jadi katak dibawah gelas lutsinar,kebenaran jelas didepan mata tetapi sengaja menutup pandangan diri..

9 Zulhijjah 1430
|
This entry was posted on 7:42 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On November 26, 2009 at 7:55 PM , Anonymous said...

salam, abg kre, insyallah kitorang sama2 support nta naik nanti, selagi mana kita bawak islam ,jgn takut dan gentar berhadapan dgn muzuh, berazam dan tekat..Allah bersama dgn anda