Daisypath Anniversary tickers
MANSURAH DIISYTIHAR DARURAT!!!
6:59 AM | Author: kre


PERINGATAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH

Kebelakangan ini, kejadian pecah masuk rumah dan mencuri semakin menjadi-jadi. Sasaran kes adalah kepada mahasiswa/wi perubatan. Modus operandi yang digunakan adalah sama.

  1. Seorang arab akan datang ke rumah dan memaklumkan untuk membaiki peralatan rumah seperti paip,gas mahupun elektrik dengan menyatakan arahan adalah daripada tuan rumah. Dia akan berpura-pura untuk menelefon tuan rumah bagi meyakinkan kita. Meminta kita membeli barangan untuk dibaiki bagi menjauhkan tuan rumah.

  2. Pecah masuk rumah ketika ketiadaan orang di rumah/ke kuliah.

  3. Berpura-pura meminjam telefon kerana urusan penting,contoh : ada saudara mara sakit.


Penjenayah mengambil kesempatan di waktu ini kerana kebanyakan daripada kita sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Masing-masing mengambil ringan perkara ini, sehinggakan wang beserta barang berharga dicuri ketika kewujudan tuan rumah sendiri.

Sehubungan itu, pesanan kepada semua mahasiswa/wi. Anda hendaklah sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kes ini kembali berulang. Antara langkah-langkah yang patut diambil :

  1. Mengunci semua pintu rumah dan tingkap semasa hendak keluar.

  2. Menyediakan kunci tambahan bagi pintu rumah.

  3. Digalakkan mengunci bilik masing-masing apabila keluar.

  4. Meletakkan barang-barang berharga di tempat yang berkunci ataupun tersembunyi.

  5. Elakkan dari membuka pintu rumah apabila arab datang ke rumah.

  6. Menghubungi tuan rumah jika ada sebarang perkhidmatan yang datang.

  7. Menghubungi rakan-rakan yang dipercayai boleh membantu dalam urusan.


Antara kesilapan yang dilakukan :

  1. Mengambil ringan dan sambil lewa akan masalah ini.

  2. Tidak berhati-hati menjaga barangan seperti meletakkan beg duit/barang kemas diatas meja.

  3. Mudah mempercayai orang-orang arab dan ditipu kerana kelemahan bahasa arab.


Oleh itu, diharapakan kepada semua mahasiswa/wi mengambil berat masalah ini bagi mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku kembali. Sebarang permasalahan yang timbul boleh dimaklumakan kepada Pengerusi dan AJK-AJK PCM09/10. Kerjasama dan perhatian daripada semua amatlah dihargai.

MENCEGAH BOLEH MERUBAH!!

Sekian ;

Muhammad Ikram bin Ishak

Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah 09/10.


p/s : waktu buat ni lepas tu ade 3kes berlaku..alert wahai kawan2..

|
This entry was posted on 6:59 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: