Daisypath Anniversary tickers
Kisah "Wonder Pet"
6:14 AM | Author: kre

hero diminati kanak2 termasuk "org tua"

Tatkala Wonder Pet, hero2 kegemaran kanak2 ini berusaha menyelamatkan sahabat2 yang memerlukan pertolongan, bermulalah nyanyian lagu menyelamat yang agak mencuit hati, tp membina...!

Suatu ketika, diwaktu Son Goku sedang bersembang2 dan bersuka ria bersama anaknya Son Gohan, Son Goten dan juga isterinya Cici, gelagat mereka diperhatikan oleh Kurin..Dalam xsedar Kurin mendengar segala perbualan dan ramah mesra mereka..



Kurin sempat memberi salam lalu menegur mereka..Seketika rancak berbual berkenaan isu terkini, Kurin terus menyebut "Wonder Pet" !...Lalu Goku beserta ahli keluarga melenting dgn mengatakan bahawa Wonder Pet itu adalah penjahat yang bersifat keji..Goku kemudiannya mencemuh dan memarahi Kurin dek kerana menyebut perkataan tersebut..

Kurin terpinga2, bukannya kurin tidak tahu bahawa Goku dan ank2nya adalah lepasan Oxford University..Mereka amat terkenal dengan kebijaksanaan mereka..Kurin berasa hina dan kecewa apabila dia disindir,dia mengerti bahawa dia hanyalah lepasan Pasentren..Kurin berniat untuk menerangkan apa dan siapa Wonder Pet sebenarnya..tetapi tidak diendahkan oleh Son Goku..

Kurin menyendiri, dan berlalu meninggalkan mereka..Kurin rasa bersalah kerana mereka tetap tidak memahami ape maksud Wonder Pet yang sebenarnya...Kesedihan Kurin disapa Bezita yg baru saja pulang dari sekolah tinggi Chong Hua kerana kelas tambahan petang..Lalu beliau bertanya kepada Kurin kenapa beliau bersedih..



Kurin menyatakan semuanya bermula apabila mereka berbincang tentang Wonder Pet.. Bezita juga terkejut kerana dia juga beranggapan yg Wonder pet itu adalah golongan penjahat..Nasib baik Bezita bersekolah di Chong Hua,dia tidak lupa tentang pelajaran Adab yang baru die pelajari,maka dia bertanya Kurin apakah maksud sebenar Wonder Pet itu walaupun pada mulanya dia juga hampir mencemuh Kurin,lalu dijelaskan oleh Kurin,barulah Bezita tahu maksud sebenarnya..Maka telah jelaslah bahawa Kurin mempunyai sedikit ilmu yg Son Goku xtahu..

Tetapi disebabkan keangkuhan Son Goku dan familinya, Kurin pasrah dan bermunajat pada ALLAH moga dibuka hati dia sendiri dan Son Goku sekeluarga...

( يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ )

{Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.}{Al-Hujuurat 6}

(وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِمْ ۚ فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ)

{Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.} {An-Nahl 43}


P/s : bila ada sesuatu perkara/berita yang datang, dan kita xtahu,maka tanyalah untuk kepastian. Jangan berlagak kita tahu semua ye..Ilmu kita setitik air laut, masakan berjalan hendak mendongak ke langit..Halal haram yg nyata tahu beza,tp dijunjung dikepala..



|
This entry was posted on 6:14 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments:

On January 27, 2010 at 7:24 AM , Mr W. A. A. said...

kelakar siot. seriously!

citer ni kompleks sgt sbb terlampau ramai watak dgn pelbagai latar belakang utk satu cerpen <- kata sang pengkritik sastera.

Apa pun, "Wonder Pets tetap comel."

Sape tgk Wonder Pets tak hilang macho.

 
On January 27, 2010 at 8:38 AM , izzul@cahayobule said...

huhuhu.....sgt dalam maksudnye kere....hahah..

nnt buat la cerito naruto plok....

 
On January 27, 2010 at 10:38 AM , Abu Ubaidah said...

teringin nak tahu cerite sebenar hehe

 
On January 27, 2010 at 7:31 PM , kre said...

xde kisah pun bai..saje2 je..hehe

 
On January 30, 2010 at 1:55 PM , Anonymous said...

oh,agak pening sbb bercampur wonder pets dan dragon ball :D

semoga semua dpt pengajaran melalui cerita yang mendalam ini.

 
On January 31, 2010 at 2:06 AM , kre said...

wonder pet hanya sebagai tajuk dan isu, dragon ball itu adalah citenye...pening bg sape2 yg xpehe..hehe