Daisypath Anniversary tickers
Allah Masih Sayang Pada Isteriku...
8:09 AM | Author: kre
Wahai isteriku sayang
Ketahuilah sesungguhnya ALLAH itu maha berkuasa

Apabila DIA berkata "Jadi", Maka jadilah kehendaknya
Tiada seorang pun mampu menolak mahupun mengatakan tidak


بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَإِذَا قَضَىٰ أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُن فَيَكُونُ
{Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahann
ya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia} {Al-Baqarah 117}

Wahai isteriku sayang
Ketahuilah bahawa ALLAH masih menyayangimu
ALLAH masih lagi menyambung nafasmu
Tanda rahmat dan kasih sayang untukmu


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا
ۚ
إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

{Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani} {Az-Zumar 53}

Wahai puteriku sayang

Ketahuilah sesungguhnya ALLAH mahu mengujim
u
Menguji sabar dihatimu
Adakah mampu ditanggung dirimu


فَاصْبِرْ صَبْرًا جَمِيلًا
{Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya} {Al-Ma3arij 5}

Wahai puteriku sayang
Ketahuilah bahawa ALLAH memerhati dirimu

Menilai semua nikmat2 yang ada padamu
Adakah syukur ada didadamu


وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
{Dan di antara rahmat pemberianNya, Dia menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti supaya kamu berehat padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur} {Al-Qasas 73}

Sayang, kuatkan semangat..
Abang disisimu..

Sayang, cekalkan hatimu..
Sayang, jangan lupa kita hidup hanya semetara..
Sayang, jangan lupa yang ALLAH sayang padamu..
Moga2 segala ujian dari ALLAH sebagai penghapus dosa2..


wing of anopheles

عن سهل بن سعد – رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لو كانت الدنيا تعدل عند الله جناح بعوضة ما سقى كافراً منها شربة ماء
{ Sabda Rasulullah S.A.W : Sekiranya dunia ini ada nilai disisi ALLAH walaupun senilai sebelah kepak nyamuk, maka nescaya Allah tidak akan memberi seteguk pun air pada orang2 kafir } {Riwayat Tarmizi}


Jumaat 12/02 isteriku,adikku serta seorang ank saudaraku di uji oleh ALLAH. Jam 1pg kereta isteriku yang dipandu adik terlibat dalam kemalangan. Kereta terbalik dan kembali pada kedudukan asal sebelum berhenti..ALLAH amat mengasihi keluargaku..ALHAMDULILLAH semuanya selamat..

Remuk..

Bumbung terbakar selepas terbalik..

Banyaknya dosa2 kita..Percayakah kita bahawa kita xpernah rasa takut pada ALLAH!
Bahkan kita boleh lagi rasa ENJOY hidup ni kan..

|
This entry was posted on 8:09 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments:

On February 15, 2010 at 8:34 AM , Mohd Nuruddin Mohamed said...

salam ziarah rey. Moga selamat2 semua. :) Sabar2 ye

 
On February 20, 2010 at 1:08 AM , Muhamad Amirul bin Hasim said...

Alhamdulillah. Tapi ayat ko bt tu.. terbakar plk rasanya.. huhuhu.

 
On February 20, 2010 at 2:49 AM , kre said...

haha..cepat2la padamkn api yg terbakar tu..ust kadir dh sejuk dh..hehe

 
On February 20, 2010 at 9:49 AM , cahaya_petunjuk (*,*) said...

Syukran abe syg..

 
On February 26, 2010 at 12:06 AM , Anonymous said...

alhamdulillah semua selamat..