Anak-anak muda kita makin rosak..
Anak-anak dididik dengan kemewahan dan kebendaan..
Anak-anak diasuh cintakan dunia..
Anak-anak membesar dengan penuh kelalaian..
Anak-anak diminta untuk berjaya dalam akademiknya semata-mata..
Itu jua nilaian manusia..
Kini,
Akhlak anak-anak muda makin diabaikan..
Jarang-jarang yang mahu anak-anak kenal agama sedalam-dalamnya..
Jika ada, semuanya hanya cita-cita..
Mainan mulut ibu-bapa sahaja..
Kesungguhan dan praktikalnya tiada..
Suasana beginikah yang kita mahukan?
Dalam suasana beginikah yang kita mahu anak-anak kita dibesarkan?
Masyarakat makin hilang agamanya..
Masyarakat makin nipis akhlaknya..
Masyarakat makin menyanjung dunia..
Inikah kita wahai pemuda-pemuda?
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
(Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? ) (سورة الأنعام 32 )

0 comments: