PERINGATAN KEPADA SEMUA MAHASISWA/WI PERUBATAN CAWANGAN MANSURAH
Kebelakangan ini, kejadian pecah masuk rumah dan mencuri semakin menjadi-jadi. Sasaran kes adalah kepada mahasiswa/wi perubatan. Modus operandi yang digunakan adalah sama.
- Seorang arab akan datang ke rumah dan memaklumkan untuk membaiki peralatan rumah seperti paip,gas mahupun elektrik dengan menyatakan arahan adalah daripada tuan rumah. Dia akan berpura-pura untuk menelefon tuan rumah bagi meyakinkan kita. Meminta kita membeli barangan untuk dibaiki bagi menjauhkan tuan rumah.
- Pecah masuk rumah ketika ketiadaan orang di rumah/ke kuliah.
- Berpura-pura meminjam telefon kerana urusan penting,contoh : ada saudara mara sakit.
Penjenayah mengambil kesempatan di waktu ini kerana kebanyakan daripada kita sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Masing-masing mengambil ringan perkara ini, sehinggakan wang beserta barang berharga dicuri ketika kewujudan tuan rumah sendiri.
Sehubungan itu, pesanan kepada semua mahasiswa/wi. Anda hendaklah sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan kes ini kembali berulang. Antara langkah-langkah yang patut diambil :
- Mengunci semua pintu rumah dan tingkap semasa hendak keluar.
- Menyediakan kunci tambahan bagi pintu rumah.
- Digalakkan mengunci bilik masing-masing apabila keluar.
- Meletakkan barang-barang berharga di tempat yang berkunci ataupun tersembunyi.
- Elakkan dari membuka pintu rumah apabila arab datang ke rumah.
- Menghubungi tuan rumah jika ada sebarang perkhidmatan yang datang.
- Menghubungi rakan-rakan yang dipercayai boleh membantu dalam urusan.
Antara kesilapan yang dilakukan :
- Mengambil ringan dan sambil lewa akan masalah ini.
- Tidak berhati-hati menjaga barangan seperti meletakkan beg duit/barang kemas diatas meja.
- Mudah mempercayai orang-orang arab dan ditipu kerana kelemahan bahasa arab.
Oleh itu, diharapakan kepada semua mahasiswa/wi mengambil berat masalah ini bagi mengelakkan pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku kembali. Sebarang permasalahan yang timbul boleh dimaklumakan kepada Pengerusi dan AJK-AJK PCM09/10. Kerjasama dan perhatian daripada semua amatlah dihargai.
MENCEGAH BOLEH MERUBAH!!
Sekian ;
Muhammad Ikram bin Ishak
Pengerusi PERUBATAN Cawangan Mansurah 09/10.
p/s : waktu buat ni lepas tu ade 3kes berlaku..alert wahai kawan2..
0 comments: